Monday, December 01, 2008

Demam...


Izzah start demam malam td...kesian dia..kahak banyak tp tak tau nak buang mcmana. Bersin je keluar hingus. Cek suhu badan 37.8. Tak adalah tinggi sangat kut. Kalau 39 ke atas, risau jugak. Beberapa kali, asyik cek suhu badan dia...tak lama lepas tu, suhu dah jadi 37.1. Sekejap tadi, suhu dah normal semula...tp yg paling kesian, kahak dialah. So malam tadi, aku tido sekejap je. Start tido 12.30, bangun jam 2.36 sampai 3 lebih, pastu dia nangis lagi jam 4.38 pagi. Bagi makan ubat demam, pastu terus dia tido sampai jam 9.45 pagi tadi. Tapi aku perasan, dia dah kurang menyusu... maybe tak ada selera bila badan tak sihat macam ni.. Ya Allah, sembuhkanlah sakit anak ku ini. Kesian jugak ngan hubby aku, beberapa kali bangun, tengokkan Izzah..dahlah hari ini, ada program kat ofis dia & dia kena jadi mc. Mesti ngantuk... selagi aku tak start keje ni, rasanya kesian sangat nak ganggu suami aku malam2...sebab, dia kan keje..aku ni, setakat ni, boleh lagi tido siang hari. Jerawat aku, jangan cakaplah memang banyak sangat...semenjak dapat baby ni, tido kan tak menentu..tapi, tak apa, aku memang happy sangat2 dapat anak.

Kejap lagi, akan balik KT lagi. Aku start taklimat mena*da ke*tas s*m rabu ni & habis jumaat nanti, so kena hantar Izzah balik kg, mtk tlg mak aku jaga..kursus tu, 3 hari... Harap2 Izzah dah sihat masa tu. Kalau tak, nanti asyik teringat-ingat, tak leh concentrate pulak... & aku harap, tak ada jalan yg tertutup sepanjang balik petang nanti...Ameen.


Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Sunday, November 30, 2008

Routine check-up

Memandangkan masih cuti sekolah, aku decided, nak p gomen jugak untuk check up 2 bulan. Berat Izzah hari ni, 2 bulan 2 hari ialah 5.7kg. Pastu kena cucuk kat peha. Nurse komen pasal kepala Izzah...dia suruh aku cuci ngan kelapa parut sebelum jadi makin teruk. Aku pun kesian jugak tengok kepala Izzah ni...sampaikan ada serangga kecik duk main2 kat kepala dia. Pastu ada org2 kat situ, yg suggest kan, aku p berubat kat tempat lain pulak...kat area paka ni jugak, yg hari tu, berubat kat kert*h 5, sebab maybe berubat hari tu tak serasi...diorang cakap, kalau dah baik, maknanya semua 'keruping' atas kepala akan merekah sendiri & hilang. Tapi keruping yg masih ada tu, nampak semakin tebal, waAllahualam. Kalau cakap ngan my hubby, sure marah ni...sebab berubat banyak2 tempat, pantang benar dia, aku dengar cakap orang....

Kemudian aku p rumah kawan satu tempat keje yg dapat pindah ngajar kat melaka, sebab ngikut suami dia dipindahkan ke petr*nas penap!s@n kat melaka...dia ada buat makan2 sket. Lepas tu, kitorang terus balik, on the way balik, tiba2 Izzah yg sedang dipegang adik aku,naimah...tiba2 menjerit sekuat2 hati & nangis macam tak sedar... panik sekejap, kut2 adik aku salah pegang & kut2 ada seliuh/patah kat mana2.. dia peluk pun, tak jalan...aku terus berhenti tepi jalan, ambik & peluk, pun tak jadi...panik betul tadi, pastu peluk2 lagi...behenti sekejap, pastu nangis lagi. aku angkat tangan kanan, pastu tangan kiri, kaki kanan & kaki kiri, bila pegang kaki kiri, tegang je kaki tu, terus nangis stail melalak lagi... aku berdebar sungguh tadi... pastu tertengok tempat kena cucuk tadi, kat peha dia, barulah nampak bengkak betul, cuba sentuh, melalak lagi bagai nak rak...terus drive sambil peluk dia...bila sampai rumah, call jiran sebelah, dia cakap, dia letak vicks..cari vicks tak jumpa pulak...call my hubby, dia cakap member ofis dia bgtau, Dr tak bagi letak vicks kat tempat cucuk, mengganggu vaksin yg dicucuk. Terus tel mak & mak mertua, diorg suruh tuam ngan air panas... aku terus tuam...surut dah pun, bengkak dia..& barulah dia nak menyusu..pastu aku letak ubat demam yg diberi dlm air susu... habis 1 botol minum, penat & lapar agaknya sebab nangis lama & kuat sangat... sekarang alhamduliLlah, dah tido... tempat kena cucuk yg bengkak tu pun, dah nampak surut... harap2 Izzah dah ok, lepas bangun tido nanti.

Athirah pulak, masa nilah, dia nak buat perangai, nak ajak p beli toy yg dijanjikan semalam, bukan tak nak beli, tp masa tak sesuai sebab adik duk nangis mcm tu, takkan nak gi bergelak ketawa huhahuha pulak....tp apa pun, aku mesti belajar hidup bersabar mcm perangai mak & mak mertua aku...sentiasa bersabar dengan kerenah anak2 dia...kan, sabar itu separuh drp iman...

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Saturday, November 29, 2008

Al-Fatihah...

baru kejap, terima call, sepupu aku umur 23 meninggal...20hb baru ni, mak dia (mak sedara aku) meninggal.... peringatan buat kita yang masih hidup... semoga beliau tergolong di dalam golongan orang yang beriman & beramal soleh... ameen


Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Gambar from ....

sony eric** memang lawalah... hp 'norkiah' ku rosak, so aku tukar ngan hp athirah ...pastu satu penyakit aku, malas nak charge bateri digicam aku...kalau charge hp, senang tak perlu keluarkan bateri.. semenjak dua menjak ni, pantang tengok Izzah, just guna hp, mcm2 gambar aku snap... masa guna 'norkiah' dulu, rasanya tak adalah lawa sangat... x tau lah, kot2 aku x pandai explore... memang pun!! Gambar2 kat blog ni, semenjak 2 menjak ni, guna hp je... lama2 digicam aku jd pekasam je lah... silap hb, jual kat adik beradik je...hehehehe

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Kecurian..

kesian adik lelaki aku, kereta dia kena CURI!!!!! Dia ada kursus kat KB di Roy*l Gu*st H*use... dari isnin sampai rabu. Malam selasa (hari isnin) tu, jam 12 malam, dia masih nampak kereta tu di tempat parking. Esoknya, dlm jam 8 kut, tengok2 dah tak ada... bila tanya receptionist kat situ, dia kata, keadaan tu biasa & kawasan tu, black area....kesian sangat ngan adik aku... dulu aku hanya dengar cerita orang, sekarang betul2 jadi kat adik beradik aku... dah buat report polis & insuran, harap2 insuran dapat cover banyak...kalau tak, jenuh membayarlah kat bank...kesannya pada aku sekarang, nak p mana2 jadi fobia ngan kereta...sekarang ni, dengar2 cerita, curi stail tarik kereta yg 'on tow' tu...heran betul, manusia sekarang dah tak takut dengan yang ada satu alam lagi, selepas kehidupan....... Ya Allah, kau berilah yang terbaik untuk adik aku sekeluarga....

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Friday, November 28, 2008

Toy baru Izzah..



Aku sekarang kemaruk betul membeli barangan Izzah... bukannya berduit pun...tapi duit yang sedikit tu, dihabis2kan jugak2.... sebab geraaaaam je nengok barang2 baby sekarang ni, cute2... memang terasa sekarang ni, duit asyik keluar je... bila discuss ngan hubby, nak beli ke tak sesuatu barang tu, mesti hubby cakap, dah lama kita tak invest untuk barang baby... diapers, susu, toys dll, akibatnya....sendiri mau ingat, hehehe....



Inilah carseat yg baru, yg terpaksa kitorang beli sebab yg company bg tu, masih belum boleh digunakan...terpaksalah keluar duit jugak...huhuhuhu..sobsobsob. Tapi alhamduliLlah, dengan adanya carseat ni, tiba2 aku 'ter'balik KT selasa baru ni, sebab nak p klinik gigi & renew insuran/roadtax. Bukannya tak ada klinik gigi kat sini, tapi tak ada orang nak pegang Izzah...so balik KT again... sampai khamis duk rumah mak aku... bila tinggalkan pada mak aku, maka dengan rasminya mesti duk dalam buaian... so aku pun belikan 'spring' & kain je, yg lain semua dah ada kat rumah mak aku...memang lena betul dia tidoq...campur dgn cuaca sejuk yg asyik hujan je kat trg ni..... tapi still kat rumah, aku tak ajar Izzah duk dlm buai sebab nanti susah p mana2, nak kena angku buai tu... athirah dulu pun mcm tu, berbuai hanya di rumah mak aku.



Ini pulak 2 pasang telekong & beg yg ditempah dgn maklang kerteh...memang terus terang aku cakap, sangatlah cunnya...rasanya maybe nak tempah lagi dua... tp tengoklah dulu mcmana... kalau sapa2 nak tempah, memang aku rekemen betul2... telekong ni, cotton. Aku pernah p survey dekat pasar payang, atas stesen bas KT & jgk pasar dekat pasar siti khadijah KB (x ingat nama) harga dia rm180++ dgn sulam tak seberapa tapi tempah ngan maklang, dapat murah lagi... & sulamnya cantik sangat... kalau nak buat hantaran, pun lawa.... tq maklang, makin majulah bisnes nanti..insyaAllah

Kesian Athirah, asyik kena sakat ngan papa dia...muka masam 'cettung'


Pasal kehidupan aku, amat2 berharap mendapat keredhaan, keberkatan, kerahmatan, keselamatan & kesejahteraan ilahi...tunjukkanlah aku, jalan yg lurus...iaitu jalan orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yg Engkau murkai & bukan jalan orang yg sesat....ameen


Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Tuesday, November 25, 2008

Rahmat & berkat....

Allah sentiasa memberi rahmat & berkat kepada kami sekeluarga tetapi aku selalu terasa yang, terlalu sedikit yang kami syukuri.. terlalu banyak yang kami alpa & lalai kerana mengikut hawa nafsu sendiri... ya Allah ampunilah kami....

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Monday, November 24, 2008

kudis kenan...

minggu lepas, aku baru perasan kepala izzah macam berbau busuk & hanyir... & muka dia banyak naik biji2.. aku & hubby terus bawa p klinik panel, Dr kata, ianya normal bagi baby sampai 6 bulan, tak ada ubat katanya, just syampoo & letak minyak je... sepanjang tunggu nama dipanggil, ada sorang makcik ni, tengok jugak izzah punya kepala... dia cakap anak dia 2 orang jadi macam ni, p klinik diberi ubat pun tak baik2, dia cakap kudis ni dinamakan kudis kenan... bukan kenan yg dipanggil kenan kucing, kambing dan sebagainya tu, tp just nama dia, kudis kenan, ada ibu kat belakang telinga, masa tu aku tak faham satu hapalah... keesokannya, aku call kak nor (kakak yg datang mengemas rumah seminggu sekali tu)... dia pun cakap, anak dia sorang ada jadi macam tu jugak & dia berubat cara kampung... ada sorang pakcik yg pandai mengubati penyakit ni dengan izin Allah, pak manan nama dia... & kak nor tu tolong panggilkan pak manan tu datang ke rumah dia... so hari sabtu lepas, kami sekeluarga buat appoinment ngan pak manan lepas asar kat rumah kak nor.... pak manan berubat dengan cara buat air penawar & ibu kunyit... dia tunjukkan ibu kudis yg ada di belakang telinga Izzah, aku cuba cari, memang aku jumpa ngan ibu kudis belakang telinga tu...

Minggu ni, aku perhatikan, kudis di kepala Izzah dah kering & merah2 di muka makin menghilang, alhamduliLlah....syukur padaMu ya Allah, w/pun masih belum nampak sembuh sepenuhnya tetapi keadaan nampak semakin baik... AlhamduliLlah, kami berikhtiar dengan izinMu ya Allah & hanya engkau ya Allah yg menyembuhkan...

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Balik KT..

Rabu malam minggu lepas, tiba2 terima call dr bini sepupu aku, mak mertua dia, che de nab (kakak mak aku) dah meninggal... dah lama arwah sakit kencing manis, kemudian jantung & yg terakhir angin ahmar... tapi sempatlah jugak arwah datang tengok Izzah masa dlm pantang baru2 ni... masa tu, arwah datang utk mintak tolong belikan beras untuk bayar fidyah puasa yg mak dia tertinggal. Mana2 hutang yg ada, pun diselesaikan juga... agaknya arwah dapat rasa kut... Ya Allah, semoga roh beliau dicucuri rahmatMu ya Allah...

Aku juga memohon agar hidup & matiku sentiasa di dalam iman & islam... Rahmatilah aku, Berkatilah aku, Redhailah aku, Selamatilah aku dan Sejahterakanlah aku ya Allah... tiada daya upayaku ya Allah... aku hambaMu yang sangat lemah... lorongkanlah aku ke jalan yang lurus & benar... bukan jalan orang yg kau murkai & bukan jalan orang yg sesat...

Petang sabtu 22 nov, jam 5 petang, kitorg bertolak ke KB utk menghantar adik hubby dpt keje kat JPJ...kena kursus kat situ 5 hari..kemudian isnin ni, akan mula bekerja kat mana tempat di'posting'kan.. ..berhenti makan dekat ketereh..masa tu dlm jam 8 malam... hujan dah start lebat... kemudian p cari hotel, gamble je... rupa2nya semua penuh... kesian Izzah duk dalam kereta..jam 12 baru dapat hotel yg kosong..tu pun, dapat 1 bilik besar je... ingatkan nak cari 2 bilik...sebab susah ooooiiii.. bab2 aurat ngan ipar lelaki ni...tapi terpaksa lah jugak duk 1 bilik... bertudung sakanlah aku w/pun tido...

Izzah pulak, sepanjang ke kelantan, alhamduliLlah, sangat baik. Tido aje...merengek masa nak tido & basah aje...insyaAllah mudah-mudahan baik juga bila nak jln2 kat perth nanti...

Athirah macam biasa, happy memanjang ngan sepupu dia elya. Cuma bengang ngan my hubby sket, bila hujan lebat, merungut ... cara cakap, memang sangat2 tak bagus & tak bersabar....... tak baik w/pun dlm hati, maybe you berniat lain..tp hakikatnya itulah ujian dari Allah swt. Kalau kita p buat haji nanti, agaknya macamanalah ye... macam2 ujian kat sana... semua itu, untuk meningkatkan darjat keimanan kita padaNya yang esa... Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami sepanjang mengerjakan haji nanti... semoga kami mendapat haji yang mabrur nanti, insyaAllah...Robbi yaasir walaatuassir...

Hidup aku, seperti biasa... hanya aku & Allah saja yang tau.. semoga Allah memakbulkan segala doa2 ku selepas solat... hanya dengan izinMu, berkatMu, RahmatMu, RedhaMu, SelamatMu & sejahteraMu sahajalah yang kumohon... semoga nikmat iman & islam terus menyelubungi diriku...ameen......................

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Wednesday, November 19, 2008

carseat...








inilah carseat yg kami dapat.... dah 4-5x guna...tengok2 recommended 6 months above...terkejut aku..tapi dlm manual & di tepi carseat tu, untuk 0 - 18kg... so kami decided tak nak guna lagi..tapi carseat ni boleh diadjustkan supaya tak jadi straight je badan dia... tp bila terbaca yg pasal 6 months above...tak naklah guna w/pun utk 0 - 18kg.. so terpaksalah kena p cari yg recommended from birth pulak... cari yg murah2 dah le... duit dah pokai...


Perkembangan Athirah...dia makin pandai pegang & dukung baby...lega jugak sebab boleh aku rehat2 sket.... berat woit si Izzah ni... minggu lepas p cek kat 1 klinik lain...dah 5.6kg... belum cukup 2 bulan....

Perkembangan BM pulak, susu aku makin kritikal pengeluarannya... aduhai.. .. saddisnya .... tadi pam lagi... sebab target aku sekarang, siang hari menyusu BM guna botol, malam bagi direct sebab ramai yg aku dengar, baby diorg tak nak nyusu botol bila dah start keje... jiran rumah aku ni, siap balik 2x sehari, kul 11 & 2.. nak nyusu baby... dia tak apalah, dekat je... mcm aku ni, 19km woiiiiii... & nak dijadikan cerita pulak, lepas pam, dapatlah ~ 40ml, nak masukkan dlm fridge, tersepak wayar kipas, tumpah habisssss... saddis lagi... tapi kejap tadi, try pam lagi, dapatlah ~60ml... dapatlah Izzah minum tadi... dah tido dah pun... Ya Allah, berilah rezki susu ku melimpah ruah... doa tetap doa, w/pun kdg2 rasa nak give up dari menyusu ni... berilah kekuatan semangat...



Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Saturday, November 15, 2008

Jealousnya..............

.........Athirah!! Bila mak2/pak2 sedara dia, duk kata dia hitam...adik putih... marah betul dia... kesian pun ada... aku tengok anak2 buah hubby semua putih melepak... athirah je yg gelap di kalangan sepupu2 dia... yg sebenarnya masa lahir, athirah memang sangat putih dlm ertikata lain putih melepak... sampai nurse2 seme pakat tegur, putihnya anak awak... memang aku akui sampai 5 tahun, athirah masih putih...aku perasan dia makin gelap, lepas dia start sekolah & start nampak gelap sungguh selepas kami hantar dia p belajar berenang...masa tu, aku memang nampak sgt2 gigi dia je yg putih... pastu aku stop kan sebab bila balik kg, ramai yg tegur cakap athirah dah hitam & nenek kata kesiannya Athirah..nampak gigi je...

aku rasa & mengikut kata orang, aku & suami, memang dari dulu memang berkulit cerah... & hubby aku lagi cerah dari aku... bila dapat adik kali ni, aku rasa Athirah lagi putih dari adik masa baby dulu...cuma athirah lebih kepada putih kekuningan & adik lebih kepada merah... sebenarnya aku tak kesah sangat pun, pasal kulit ni, sebab gelap pun, cantik jugak... kalau tak, takkan ratu cantik/model, kebanyakan berkulit hitam...hitam maniiiis sangat... cuma aku kesahkan, athirah selalu merajuk bila part2 macam ni... alahai anak2... Gambar kat atas tu, masa Athirah dah 3++ tahun. Alahai muka hubbyku nampak muda sekali..ahaks:)

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

macam2 cerita....








Semalam kami ke Kuantan, p buat paspot adik. Masa sebelum tau pregnant hari tu, kami dah book tiket airasia ke Perth, Australia... alah, zero fare...layaklah untuk kami ni... insyaAllah kalau tak ada aral melintang, nak p 18 - 24 feb ni... masa tu insyaAllah adik dah masuk 5 mths. Ya Allah, aku berdoa semoga segalanya berjalan ngan lancar. Tiket untuk adik hanya bayar RM200 p balik... & bayar visa RM60.

Lepas p imegresen, terus ke eas* coa** mall... nak cari kereta untuk adik... berhabis sungguh kami untuk adik kali ni, padahal tak berduit pun... ni gara2 menunggu adik sekian lama... Athirah pun kami sayang jugak... cuma dulu, laaaaagi tak mampu...


Nilah carseat yg company hubby bagi... alhamduliLlah






Semenjak ada adik, Athirah memang nampak saaaaaaaaangat hepi... & memang raaaaaaajin sesangat.... cuma my hubby selalu sakat dia yg menyebabkan dia asyik nak mengamuk... so aku selalu ingatkan hubby aku, jgn sakat2 pasal ngan adik, takut mengundang kepada cemburu/dengki berlebihan pada adik... Ya Allah, aku berdoa & berharap padaMu agar Athirah akan jadi kakak yg bertanggungjawab untuk adik2 dia akan datang...

Semenjak dapat adik, aku dah kena duk seat belakang dlm keta... sebab carseat tak leh letak kat depan sebab ada airbag...bahaya... so boring je bila nak cakap ngan hubby tak leh tengok muka... alah...lama2 keadaan ni, akan jadi macam biasalah, ye tak? Biasalah, mula2...

Pasal sapa yg akan jaga adik next year, masih lagi bertukar2... s/ada hantar kat rumah orang @ ada orang sanggup datang keje kat rumah aku untuk jaga adik & Athirah sekali.... Kalau nak hantar rumah orang, kena fikir 2 perkara, s/ada dekat ngan rumah @ dekat ngan sekolah... sekolah ngan rumah dlm 19km jugak.. memang tak boleh ulang alik kalau fully breastfeed... setakat ni, tak mampu lagi, pump susu & simpan sebab adik kuat betul menyusu....... tak sempat nak pump, adik dah nak hisap lagi.... entah berjaya ke tak, nak fully breastfeed bila dah start ngajar nanti...sekarang pun, bila tak sempat, bagi jugak FM dlm 1 - 2 botol sehari...aku memang salute habis, sapa yg kuat semangat mcm tu.... masa Athirah dulu, susu terlalu banyak...tak perlu cari faktor makanan apa utk tambah susu, yg ni, mcm2 ikhtiar...tapi still rasa adik tak cukup2..asyik nangis je, lapar...pernah dia duk hisap dari 10 mlm sampai 6 pagi...sampai sakit belakang aku...tapi sampai sekarang, aku masih mencuba untuk bagi BM kat adik...dahlah beli pump, bukan main mahal harganya bagi aku.....baru 4-5x cuba pump...bolehlah dapat sket...paling banyak setakat ni pam, 100ml je...tu pun hepi sungguh rasanya... yaAllah, permudahkanlah segala2nya keatas diriku yaAllah...Robbi yaasir wala tuassir....

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Tuesday, November 11, 2008

Untuk semua anak didikku...



Hari ni, bermula spm... mintak maaf cikgu kurang masa untuk bercakap & beri kata2 peransang untuk kali terakhir ni... semoga anda semua diberkati & dirahmati Allah & diberi ilham untuk menjawab ngan baik... hari khamis ni, paper maths...jangan lupa untuk membawa kalkulator & jangkalukis.... semoga dapat menjawab dengan baik & mendapat kejayaan yang cemerlang... cikgu halalkan segala ilmu yg telah dicurahkan... ameen

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Kembong perut...

Serious...aku lebih teruk dari dapat anak sulung...maksud aku..... tak tau satu hapa... masa Athirah dulu, aku berpantang ngan suami kat rumah sewa aku tapi dekat je ngan rumah mak aku...aku tak pernah letak apa2 myk & tuam apa2 kat perut... tapi alhamduliLlah Athirah tak pernah kembong perut... tapi kali ni, aku nekad, cari ilmu macamana nak jaga baby...cari info kut internet, banyak tanya kawan & org tua... beli minyak, selalu tuam perut...


tapi bila semalam dari kul 12 tengahari sampai 10 malam, izzah duk merengek2 je, aku jadi panik, tak tau nak buat apa....aku duk ingat, dia asyik nak berdukung je...sebab bila diangkat, dia akan senyap & tertido...bila letak, tak sampai 5 minit, mesti merengek...& dia asyik menguap je...aku dapat rasa dia mengantuk sungguh2 tapi perut tak selesa........

sampaikan pada siang semalam, aku tak sempat mandi & gosok gigi...sebelum tu, aku tertido sama ngan dia sampai kul 12 tengahari sebabnya mlm sebelum tu, dia tak tido dari kul 12 sampai 3.30 pagi..so pagi semalam, aku mengantuk sungguh2 lah.. bila dia tido, aku pun ikut tido jugak... so malam tadi, aku try ambik bawang putih, bunjutkan dalam kain, pasang lilin & tuam kat pusat dia ...terus terkentut & terb*rak sket... lepas tu, tanya MIL, dia cakap jgn lentangkan dia, cuba tiarapkan...aku pun terus tiarapkan atas katil, barulah dia tido lena sampai pagi, cuma kul 3 pagi, aku dengar dia merengek2 tapi mata tak terbukak...diapers dia basah...pastu sedar2 kul 6 pagi, nyusukan dia... tapi serious, aku duk risau letak anak tertiarap mcm tu, takut lemas... tapi aku pernah tertengok anak kawan aku, dari dlm pantang, dah ajarkan anak dia tido meniarap mcm tu...harap2 tak ada apa2...






Pasal Athirah pulak, hari ni dia tak ke sekolah sebab cikgu dia bgtau, sapa2 yg tak dapat hadiah akhir tahun, tak perlu gi sekolah... sedih jugak aku tahun ni, sebab periksa akhir tahun dia turun nombor 6, masa pertengahan tahun dpt nombor 3... tapi aku bersyukur, result dia masih semua A.. % keseluruhan 93% berbanding pertengahan tahun 96%... ingatkan nak catat rekod, dapat hadiah setiap tahun drp tadika 5 tahun...tengok2 darjah 2 dah tak dapat... tapi tak apalah, tak nak aku pressurekan dia... biar dia rasa enjoy ngan belajar... tahun depan dia masih duk kelas tu & masih bersekolah diwaktu petang...aku tak suka sebenarnya anak sekolah petang sebabnya sekejap je dapat jumpa dia setiap hari... bila malam pulak, asyik pulun buat keje sekolah...punyalah banyak keje sekolah cikgu bagi... bila dah kul 10, dia dah masuk tido...esok pagi2 dah ikut papa untuk gi taska tempat transit dia, balik sekolah kul 6.30 petang... so berapa jam je, dapat cakap2 ngan dia... dahlah aku kat sekolah pun asyik balik lambat je....inilah ujian & dugaan hidup, ye tak? Kena redha... ramai lagi, orang yg lebih susah...ya Allah, ampunilah aku...

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Sunday, November 09, 2008

check-up


AlhamduliLlah, kami telah selamat balik ke rumah sendiri...sampai dlm pukul 12 mlm tadi sebab berenti tido tepi jalan..my hubby ngantuk sangat.

Pagi - hubby ambil half day leave untuk temankan aku & Izzah p cek kat klinik kesihatan P@k@... berat adik pada hari ni (hari ke-42) dah mencecah 5.1 kg, panjang 58cm & ukurlilit kepala 38cm. Sepatutnya kena p masa umur adik 30 hari tp aku malas..tak nak aku, duk jln2 dlm pantang... punyalah lama menunggu, kul 11 baru siap...lepas tu, p hantar hubby ke ofis sebab dia tinggalkan kereta dia kat ofis... bila balik, letak adik dlm car seat dia..risau jugak kut2 menangis.. alhamduliLlah... dia ok.

Car seat tu, hadiah dari company suami untuk anak 1 sepanjang keje kat situ... bila dapat baby ke2 & seterusnya nanti, company hanya akan bagi voucher rm200 untuk p kedai baby kat D*ng*n untuk setiap kelahiran. Car seat tu canggih & cun giler...& hubby bgtau harganya ~ RM800.....Teringat masa zaman Athirah dulu..aku beli carseat yg harga RM80 je..itu je yg mampu dibeli masa tu... betapa banyaknya nikmat yang telah Allah beri untuk kami... kami mesti bersyukur, kalau tidak kami termasuk golongan orang yg kufur dengan nikmat Allah..nauzubiLlah...

Petangnya dpt sms dari hubby, rupanya *ING' cover check up untuk baby termasuk imunisasi... AlhamduliLlah, lepas ni, tak perlu menunggu lama2 lagi, pergi je mana2 panel *ING'... lg pun kad *ING' Izzah dah dapat...Ya Allah ampunilah aku...

Start malam ni & tadi, aku telah menukar tempat Athirah mengaji ke As-suyuf centre. Sebelum ni, dia mengaji di taska tempat transit dia, rupa2nya telah sekian lama dia tak mengaji sebab ketiadaan tenaga pengajar..yg aku geram, aku tidak dimaklumkan oleh taska berkenaan... tiba2 je, aku tanya Athirah, dia kata dah lama tak mengaji...tapi aku bayar setiap bulan kos mengaji al-quran tu... tempat baru ni, dekat je ngan rumah & boleh hantar waktu malam iaitu ahad, selasa & khamis... aku hantar ngan moto aje... Athirah start mengaji Quran besar masa dia darjah 1. Harap2 dia masih ingat & lancar w/pun dah lama tak mengaji.

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Saturday, November 08, 2008

Sebagai peringatan...

Hutang puasa 2007 = 28 hari (hanya dapat ganti 5 hari)...so terhutang lagi 23 hari... kena bayar fidyah harga beras berjumlah RM46.58

Hutang puasa 2008 = 3 hari (setakat hari ni, belum ganti)....

So target jan - ogos 2009 = mesti ganti 26 hari...insyaAllah..


Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Friday, November 07, 2008

Mood bergambar lagi.....











































Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Tuesday, October 28, 2008

Lagi gambar....






Athirah & Izzah...semoga menjadi anak yg solehah...





Gambar paling terkini rasanya..isnin 27/10/2008...








Hari ni pulak genap izzah berusia sebulan...alhamduliLlah...

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Monday, October 27, 2008

bercukur...

kalau nak tengok gambar izzah masa bercukur...

http://picasaweb.google.com/zmawaf/WanNurIzzahAftershave#

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

gambar2....































Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Monday, October 13, 2008

Akhirnya..... 28 sept 2008...

saat2 yg ditunggu oleh family kecik aku sampai juga... AlhamduliLlah, segala pujian hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam........aku telah selamat melahirkan anak kedua kami pada 28/09/08, 6.16pm, caesarian, berat lahir 3.8kg, panjang 56cm, ukurlilit kepala 36cm, darah O +ve, di KTS KT.

Terima kasih tidak terhinga buat hubby tersayang yang sentiasa berada disamping aku & sanggup mengambil cuti sehingga 2 minggu & setiap malam tido selepas jam 3 pagi untuk menjaga baby kami Wan Nur Izzah. Terima kasih juga buat anak sulung kami, Wan Nur Athirah yg begitu memahami kami... & berperangai sangat baik.... semoga kakak & adik akan jadi anak solehah yg boleh mendoakan mama & papa....

Setakat ni, tak boleh nak masukkan gambar sebab aku try copy dary digicam aku, tp tak dapat2....tunggu hubbyku balik hujung minggu ni.... tapi kalau nak tengok dari digicam hubbyku http://picasaweb.google.com/zmawaf/MyNew2ndBabyAfter8Years#

Terima kasih buat Oren yg bg tips untuk hilangkan kuning, taik mata & bykkan susu, AlhamduliLlah, semua tips tu menjadi....tqvm:)

Hari ni, hari ke-15. Semoga Allah merahmati kami...Ameen

oklah....

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Tuesday, September 23, 2008

happy belated birthday....

to me.... 21 sept baru ni...aku dah start bercuti di KT dari jumaat lepas.... masih lagi duk menunggu detik bersejarah... dah nak masuk 39 weeks...tapi enggak ada apa2 tanda cuma mengeras je dari last week... saspen jugak ni... p cek last week, just brickston hick (abaikan ejaan)... buat my hubby & athirah.... i really (berjuta kali) miss u both... tak apa, insyaAllah khamis ni, kita jumpa lagi untuk start bercuti raya... atas rezeki dari Allah samada kita beraya bertiga @ berempat... hanya Allah yg lebih mengetahui...

to my hubby, tak ada ke entry untuk birthday darling u ni... sob, sob, sedih ni...

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Saturday, September 13, 2008

check-up

Khamis 2 hari lepas, bertolak balik ke KT, tdo rumah mertua & sempatlah hari tu, sampai betul2 masuk waktu berbuka, alhamduliLlah...tapi lajulah jugak my hubby bawa keta. Aku balik sebab ada monthly check-up kat KTS*. Aku duk doa2 kut2 tiba2 Dr cakap aku dah boleh bersalin hari tu...huhuhu...punyalah malasnya nak p keje sekarang ni, tak larat nak naik tanga, turun tangga... scan macam biasa, berat my baby dah 3.3++kg dah... kalau betul, wah besarlah anak aku kali ni... Athirah dulu 3kg cukup2 je.... tu lepas dah bersalin tu, yang ni baru nak going 38 weeks tapi dah 3.3++ kg.... adui... dah tak sabar dah kitorang menunggu kehadiran baby ni, he, he, he... semoga segala2nya selamat... ameen

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Wednesday, September 10, 2008

dah 10 hari puasa...

AlhamduliLlah, Allah masih bagi peluang kat aku, untuk meneruskan puasa sampai ke hari ini... tak sangka pulak, aku boleh puasa jugak... masih menanti hari...betul2 rasa saspen...masih gi keje macam biasa w/pun rasa betul2 tak larat..untuk mendaki & menuruni tangga setiap hari... rasa mcm nak terberanak aje bila naik tangga tu... bilik guru tingkat 1, tandas pulak ground floor... jenuh je nak gi tandas... tapi apa2 pun ujian, aku happy dengan rezki yg Allah bagi kat aku ni... moga selamat segala2 nya... dah masuk 37 week agaknya... Ya Allah, kuatkanlah semangat & tenangkanlah jiwa aku ya Allah...tenteramkanlah aku dari perasaan takut... engkau maha segala2nya....

Sekarang ni, budak2 form 5 tengah trial exam...paper aku dah lepas & dah siap tanda, AlhamduliLlah, makin banyak peningkatan markah yang diperolehi... semua anak2 ku, cikgu doakan kalian akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan sebenar spm nanti insyaAllah. W/pun result korang dah ok, jangan hidup dalam zon selesa... teruskan usaha...

Pasal baby pulak, bila siang kat tempat keje, macam tak berapa aktif je... bila balik rumah @ lepas berbuka je, bukan main aktifnya.... moga anak mama akan sihat sejahtera insyaAllah...

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Sunday, August 31, 2008

Selamat menjalani ibadah puasa..

semoga ramadhan kali ni, menjanjikan perkara yg lebih baik dalam hidup kami sekeluarga. AlhamduliLlah, mak aku dah keluar wad & balik rumah.. cuma keadaan mak aku, masih lagi tak stabil.... aku pun dah 35++ weeks...makin lama, makin berdebar u...he, he, he... sekali lagi aku berdoa, moga perkara yg baik2 aje akan berlaku dlm keluarga kami ini... ameen

oklah

semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Wednesday, August 27, 2008

masuk wad...

Mak aku masuk wad kul 2 pagi kelmarin dulu. Tiba2 badan dia menggigil & bila cek tekanan darah, jd rendah pulak. Selama ni, mak aku memang ada penyakit darah tinggi dari umur dia 41 tahun, masa tu aku baru habis spm... melahirkan adik aku yg bongsu, lepas tu, sampai sekarang, mak aku duk makan ubat darah tinggi...& darah dia stabil lah bila makan ubat. Tapi tiba2 je kali ni, darah dia rendah pulak, 90 60 rasanya. Bila masuk wad, tekanan dia sekejap naik & sekejap turun. Ya Allah, aku berdoa pada Mu ya Allah, sembuhkanlah sakit mak aku & sihat sejahterakanlah dia seperti sedia kala.... Ya Allah, berikanlah kerahmatanMu, keberkatanMu... ameen

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Tuesday, August 19, 2008

insyaAllah...

akan ke kl lagi esok.... sebabnya nak kena gi sign agreement baru untuk entry sebelum-sebelum ni.... nampak beno, s & p sebelum ni, menipu je lebih...boleh ubah2... kalau tak setuju ngan perjanjian baru ni, lagi lambat siap pulak... itulah dunia, mana ada adil kan.. hanya Allah yg maha adil di atas segala-galanya.... sebab tu, bila yang sekarang ni, aku beli yg dah nak hampir siap.. tapi tu ah, mana boleh nak harga murah dengan .... yg hampir nak siap... kat area lembah kelang, baru launch, dah hampir nak habis... tapi semua ni, ujian dari Allah swt... ada hikmah disebalik yg terjadi... bertolak esok petang, hari jumaat maybe balikla kut sebab sekolah bukak ahad ni... nanti kalau balik sabtu, penat pulak... mula2 my hubby plan nak naik bas balik hari je, due to aku pregnant kan... tapi tiba2 ada kawan lama aku & hubby (aku kan satu sekolah ngan my hubby) ada balik ke m'sia dari ireland (agaknya dia dah menetap sana sebab dah lebih 10 thn duk sana & dah beli rumah kat sana)... so ada mini gathering agaknya.. join je lah, w/pun perut memboyot sungguh ni, he, he, he....

Bercerita tentang member lama aku yg menetap di ireland ni, dia ni satu sekolah ngan aku dari sekolah rendah, pastu tengok2 sama2 dapat p sekolah sains kat KT ni... ngan ada sorg lagi kawan aku lelaki jugak... kami ber3 dapat g se*ma ni... tapi aku tak sebijak 2 orang nilah... aku duk kelas tengah je masa form 5, diorg berdua sekelas ngan hubby aku... macamana tiba2 aku ada jodoh ngan hubby aku...? si member dari ireland ni lah, yg beria2 nak menyatukan aku... & tak sangka betul2 ada jodoh aku ngan hubby aku... dah nak masuk 10 tahun this coming januari... harap2 berkekalan hingga akhir hayat kami, insyaAllah... w/pun aku rasa mcm2 perangai tak elok aku ni, harap2 hubby aku dapat bersabar ngan aku sampai akhir hayat kami.... ameen... Allah maha berkuasa atas segala2nya... ameen

oklah

semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat

Friday, August 15, 2008

Seminggu lebih...

tak update...no idea, yilek... mcmana orang yg boleh update hampir tiap2 hari? nak memerah otak untuk update, macam suuuusah aje...

aku dah nak masuk 34 weeks... harap2 Allah permudahkan segala-galanya... & berikanlah aku dapat mendidik anak dalam kandunganku ini dengan baik & sabar... kuatkanlah semangat & jiwa ku ya Allah.... engkau lebih mengetahui segala2nya, apa yang akan berlaku akan datang... aku berdoa padaMu ya Allah, agar perkara2 yang baik2 aje yang berlaku ke atas diriku... semoga aku mendapat keberkatan, kerahmatan, keredhaan & kesejahteraan dari Allah s.w.t...Ameen

oklah

semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat

Thursday, August 07, 2008

terimbau....


hari ni, student2 aku budak form 4 lelaki, duk sebok2 tanya, aku ngandung kembo ke...pastu sebok2 duk teka jantina baby...masing2 teka lelaki..aku gelak je lah...yang lawaknya, masing2 duk suruh letak nama diorang sebagai nama anak aku....bila dengar je macam tu, gelak sakanlah aku...sebabnya terimbau kenangan mengandungkan athirah tahun 99...

masa tu aku ngajar kat vi kl...boys je... ngajar budak2 kelas belakang2 yg aku rasa, kalau diorang sekolah kat sekolah aku ngajar sekarang, sure jd budak paling bijak...sebabnya budak2 vi kelas belakang, masih lagi excellent... berbalik cerita aku tu... masa awal2 pregnantkan athirah, budak2 tu duk betting aku pregnant ke tidak, kalau pregnant, ada yang kena belanja kfc...lawak betul... pastu, bila dah akhir2 pregnant tu, masing2 duk sebok teka jantina jugak & masa tu, bila scan, Dr kata lelaki... (aku sebenarnya tak sangka akan dapat anak pompuan masa tu).... pastu masing2 duk sebok suruh bagi nama diorang...aku cakaplah, anak aku mesti bermula dengan wan, sebab ayah dia ada wan kat pangkal nama... so masing seboklah suruh letak nama diorang ditambah wan kat depan... & yg kelakarnya ada cina nama Goh & singh nama Surinder suruh bagi nama anak aku Wan Goh & Wan Surinder... bila teringat, memang rasa lawak gila... entah diorang ingat ke tak, semua tu lagi... dengar citer, budak2 tu, dah jadi orang hebat & berkerjaya sekarang... alhamduliLlah... itulah impian seorang cikgu kan.... lagipun, dulu2 aku memang suka melayan budak2 ni...

Berbalik pasal jantina tu, dulu, aku memang tak expect langsung akan dapat anak pompuan... bila dah scan yg last...masa tu dah 8 bulan lebih rasanya, Dr cakap anak aku pompuan... terkejut badak..sebab aku duk panggil2 nama syafiq... sebab plannya nak bagi nama wan adam syafiq... tapi dulu2 aku tak scan every month sebab masa tu hubby aku tak ada panel untuk bersalin sebab hubby keje kat e*n financ* taman midah cheras (untuk staf je) & Dr yg scan pun, just cakap macam tu je, adalah 2-3x je scan..& jawapan Dr memang tak betul2 bagi jawapan laki @ pompuan... bila dah scan yg 8 bulan lebih tu, barulah Dr bgtau, sy confirm 90% girl... masa tu, rasa terkejut badaklah... dahlah hati aku pulak, memang nak sangat2 anak sulung lelaki... sebabnya hubby aku anak sulung. Tapi bila dah dapat betul athirah ni, happy sangat.. dapat anak pompuan, sebab anak pompuan ni, memang boleh diharap... & tak adalah kejenya nak main je.. nampak bertanggungjawab... tak macam anak2 buah aku, lelaki... keje diorang nak main je... bila aku jd cikgu pun macam tu, student laki, memang tak serius dlm apa saja perkara... apatah lagi, belajar... bila bincang ngan member2 pun, diorg bgtau anak laki diorang, memang payah betul nak serius... sebab tu, saban tahun, dah 5 sekolah aku ngajar, top ten mesti pompuan tapi pompuan, susah nak dapat peluang sambung kat mana2 sebab terlalu ramai yg bijak... budak laki 6a pmr, dah boleh p mrsm... budak pompuan 9a pun tak jamin lagi.. memang betul2 compete... begitu jugak lepasan spm... result spm tak cukup credit utk 4 subjek fizik, kimia, bio, add math...dah boleh masuk matrik, budak pompuan belum tentu.... haiiiii.... athirah memang kena betul2 struggle untuk masa akan datang... even athirah masa darjah 1 & 2 pun, senarai penerima hadiah akhir tahun, majoriti pompuan, lelaki boleh bilang ngan jari aje...hmmmmm

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Saturday, August 02, 2008

ganti..

Minggu ni, Athirah kena ganti sekolah untuk cuti raya tahun ni... muncung mulut sebab tak nak p, boleh sangkut baldi...ha, ha, ha.. aku dah ganti last week, next week aku & athirah kena ganti lagi sekali... untuk cukupkan 2 hari. Yang menyebabkan dia tak berapa nak p tu, sebab bila tel kawan dia, demam pulak, so aisyah tak p & katanya masa hari khamis, ramai kawan2 dah bincang tak nak p.. aduhai, mak aii...kecik2 dah boleh bincang nak p @ tak p... tak ke namanya, dah bincang nak ponteng tu... tapi tak boleh nak salahkan athirah jugak, dah berapa kali, aku terpaksa pontengkan athirah jika aku ada apa2 event yg tak boleh dielakkan... nanti nak bersalin insyaAllah, athirah mesti tak p sekolah jugak seminggu, ye lah sapa nak jaga, kalau my hubby cuti seminggu time tu.. takkkan nak ditinggalkan dia sorang2 kat sini...

bersalin...dah tak lama dah, aku punya turn insyaAllah...sekarang dah nak masuk 32 wks. Sampai hari ni, masih tak menyangka...betapa besar kuasa Allah. Baby pun, aktif betul. Tak ingat langsung masa pregnantkan athirah dulu..menendang macamana & seingat aku, tak pernah berfikiran negatif masa tu, happy go lucky je... bila dah tua2 mcm ni, macam2 terfikir kat fikiran ni..teruk betullah berperangai macam ni...tak suka betul... apa2 pun, tolong doakan aku. Ya Allah, kurniakanlah kami anak yang sihat, sempurna akal fikiran, sempurna pancainderanya yg lima, baik soleh...Ameen..

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Tuesday, July 29, 2008

Ganti puasa.......





Athirah bersama sepupu2nya (wafa & alya)




Aku tak tau, macamana nak habiskan proses ganti puasa yg masih lagi berbaki 23 hari, kalau gastrik aku ni, masih berterusan.. Tahun lepas, aku miscarriage, tu yg banyak tinggal puasa tu..28 hari. Aku dah cuba ganti & setiap kali ganti, memang sakiiiit sangat perut aku, penuh ngan angin... tapi aku betul2 berharap & berdoa agar aku dapat gantikan lagi 23 hari sebelum start puasa tahun ni.. macamana erk? Kalau adalah idea dari sapa2, macamana cara nak ganti puasa kali ni, syukurnya tak terkata. Kalau tak pregnant, bolehlah makan ubat gastrik, ni...tapi sekarang, aku tak berani untuk makan apa2 ubat, kecuali vitamin yang dibekalkan...

Puasa tahun lepas, pertengahan bulan 9 rasanya, pastu lepas keguguran, aku kurang sihat sampailah januari baru ni, disahkan pregnant semula... masa tu, dah start alahan. duk imagine, nak start ganti dalam bulan jun baru ni, cuba jugak, tapi tu lah...sakiiitt sangat setiap kali puasa... ni, insyaAllah bersalin bulan puasa lagi, lagi bertambah hutang puasa kalau tak dapat ganti yg tahun lepas... Ya Allah, berikanlah petunjuk pada hambaMu ini...tiada daya upayaku ya Allah..hanya Engkau yang berkuasa.. Aku hambaMu yang sangat lemah.

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Monday, July 28, 2008

Happy 34th birthday to...


my beloved hubby.... "happy birthday to u, happy birthday to u, happy bithday, happy birtday, happy birthday to u". May Allah bless U forever.

Semoga panjang umur, murah rezki & diberkati, dirahmati, diredhai Allah sentiasa serta selamat dunia & akhirat.

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Saturday, July 26, 2008

Gastrik...

tension betul, bila silap makan sikit...datanglah penyakit angin + gastrik...sangat2lah sakitnya... kalau tak pregnant pun sakit, apatah lagi, bila pregnant.... Allah saja yang tau... malam tadi aku try minum susu untuk hilangkan sakit tu... at last muntah 3x... lepas muntah, barulah lega sikit... kalau tak , nak tukar posisi tidur pun, sakit sebab penuh ngan angin... Ya Allah, sembuhkanlah sakitku ini.... tiada daya upayaku ya Allah, hanya Engkau maha penyembuh... macam2 petua aku ikut... memanglah sakitnya kurang sikit tapi masih sakit... nak makan ubat klinik bagi, rasa takut ada apa2 efek... so tahan jelah..

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Sunday, July 20, 2008

akhirnya....


yang ku tunggu patutnya 2005. AlhamduliLlah....semoga segalanya berjalan ngan lancar...kita merancang, Allah yang menentukan... Hanya Allah yg mengetahui apakah hikmah disebaliknya.... kalau fikir macamana sekalipun, takkan dapat jawapannya... mungkin semua ini penghapus dosa...& ingat, semua ni tak bawa bersama suatu hari nanti, semuanya ditinggalkan... perhiasan semata-mata. Terima kasih ya Allah... di atas nikmatMu yang tidak terhingga banyaknya... Pilihlah kami untuk mendapat rahmatMu, redhaMu, BerkatMu...ameen

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat

Baru balik...


Kami p kl hari kamis baru ni. My hubby cuti & Athirah telah ku pontengkan dirinya ke sekolah sebab dia sekolah petang. Aku p kul 11.30 pagi, habis je ngajo kul 10.20 hari kamis baru ni, aku pun buat2 berani kuar awal...kalau tak, aku takut sampai tengah malam & nanti pinggang aku sakit sangat pulak kalau bertolak lewat2... at least bila bertolak awal, boleh santai2 sikit2... kami sampai kl kul 5 petang. Tdo kat citit*l MV 2 malam. Mula2 plan nak tdo rumah adik beradik, tapi bila teringat, nak p mana2/shopping kena naik kereta & kena tempuhi jem...so cancel so pk punya pk, decided tdo situ & bila rasa penat je, boleh balik tdo @ baring2... & kami sampai Paka kul 9 malam tadi. Hari ni pulak, trg cuti umum...so boleh lah rehat lagi... & kebetulan jiran sebelah buat kenduri, so makan free & tak payah masak lah hari ni... boleh lepak2 banyak2 lagi...Tapi sampai hari ni, mak aku tak tau, aku p kl... kalau tak sure kena marah, sebab degilnya.... AlhamduliLlah, setakat ni, ok.

Tahniah buat tiara, dah dapat baby girl..berakhir sudah penantian dia... aku pulak, rasa macam lambatnya turn aku...tapi tak apa..sabar..sabar :) Semoga segalaya berjalan ngan lancar..ameen.

TQVM to my hubby sepanjang 3 hari kat kl tu, yang sabar melayan kerenah aku & athirah...

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Wednesday, July 16, 2008

update

aku tak berapa gemar update blog, time aku tak happy..so aku tak nak update blog dulu...

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat

Saturday, July 12, 2008

11 julai 2008

AlhamduliLlah, semalam terlaksana jugak niat aku nak panggil jiran2 & orang surau untuk buat solat hajat & doa selamat.. Plannya dah lama, tapi asyik tertangguh. Terima kasih ya Allah, di atas RahmatMu, RedhaMu, BerkatMu, IzinMu, maka majlis semalam berjalan dengan teratur & lancar... & makanan pun elok & tidak berlebih-lebihan membazir & dapatlah mana2 yang duk jauh tapau sket2 sorang...sekali lagi, syukur padaMu ya Allah, AlhamdulilLah.... semoga perjalanan selepas ini, sentiasa dibawah rahmat, redha & berkat Mu ya Allah..

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.

Wednesday, July 09, 2008

Cabaran....

Hidup ini penuh dengan ujian, cabaran & dugaan...Ya Allah, berikanlah kami tabah & sabar menghadapinya...

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat

Tuesday, July 08, 2008

AlhamduliLlah...

Segalanya berjalan dengan lancar.

Ya Allah ya tuhanku...Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Yang maha pemurah & maha penyayang, Yang menguasai hari pembalasan, KepadaMu aku sembah ya Allah & kepadaMu aku mohon pertolongan, Tunjukkanlah aku jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang kau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang kau murkai & bukan jalan orang yang sesat..Ameen

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dlm kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat

Sunday, July 06, 2008

...............


AlhamduliLlah, tak ada apa2 masalah dengan kandungan aku setakat ni... Harap2 ok..

Ya Allah, tenangkanlah hati dan lapangkanlah dada ....... ..............! Semoga hidup kita akan mengikut cara hidup islam... Aku bermohon semoga segalanya berjalan dengan tenang & lancar & wujud saling hormat menghormati sesama insan... Perkenankanlah permohonan hambaMu ini, ya Allah.. Engkau sesungguhnya mengetahui apa yang terbaik untuk kami...Ameen

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dalam kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat

Tuesday, July 01, 2008

Congrats...

to my dear hubby...dapat jugak skit bahagian i...he, he, he...tapi yg paling penting kalau u dapat buat 2 perkara yg selalu i selalu sebut & inginkan...u know apa yg i maksudkan...he, he, he... semoga hidup kita sekeluarga diberkati Allah dunia & akhirat.

Pagi ni, we are off to KTSH...aku dah bgtau my boss, aku mc hari ni. Tolong doakan aku & kandunganku selamat...berdebar jugak ni sebenarnya..

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dalam kandunganku ini selamat dunia & akhirat

Monday, June 30, 2008

aku confused...

malam tadi, masa aku nak masuk bilik air, aku pegang pintu bilik air & tak teringat pintu tu, tercabut engsel bahagian bawah (rosak kelmarin dulu), pastu aku macam nak terjatuh cuma tak terjatuh bont*t sebab aku sempat berpegang pada sinki, aku bertempik... my hubby& athirah terus meluru tengok apa yg jadi. Terasa jugaklah macam sakit, pastu aku perasan sakit belakang ku macam tak ada sampai hari ni.. aku cerita kat kawan2 kat sekolah, masing2 semua suruh aku p jumpa Dr jugak, jd aku keliru, sebab tak ada rasa sakit & baby dlm kandunganku ni, menendang macam biasa...tp bila semua orang menakutkan aku, aku jd terfikir2...tensen pulak, so aku decided, esok aku cuti & p jumpa Dr. Doakan aku & kandunganku selamat.

oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dalam kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat

Sunday, June 29, 2008

Lama betul..

tak update blog, tak tau apa nak cerita...macam boring je, perkara sama je...semalam sabtu, aku ada kursus dalaman LMS...boringnya kursus tu, kursus cara2 nak hantar emel guna akaun sekolah..& cara2 nak attach file... mende alah tu pun, nak kena kusus..tapi tak apalah, ilmu jugak lah, yang tak tahan, duduk lama2 saaaaakit sangat pinggang aku, pastu mulalah kaki aku jadi besar gedabak, nak pakai selipar pun tak muat...kul 12 dah habis kusus tu, balik rumah terus & dulu, tak ada masalah ni...memang betullah, lain anak, lain cara pembawaannya...

Hari ni, balik awal kul 1.30 dah habis semua...so p bank jap, tolong simpankan duit my hubby dlm asb.. pastu balik rumah, pas je solat zohor, dum tdo...bestnya...aku noticed, dagu aku dah dua, biasanya kalau jadi macam tu, tandanya aku banyak tdo...ayya..macamanalah lepas bersalin nanti, entah dapat turun berat atau tidak...janganlah naik banyak sangat, rasa tak larat kalau berat naik banyak sangat...

esok, kul 2, ada majlis kat Kemaman, untuk penerima anugerah APC 2007... so maybe kul 12 aku dah keluar sebab 1 jam jugak perjalanan nak sampai kemaman. Dah janji ngan my hubby nak lunch sama2 esok, pastu dia hantar p rumah kawan sebab aku tak larat nak drive jauh2... tahun ni yg terima APC 4 orang. Rezki tak disangka sebenarnya, tak terfikir oleh minda, he, he, he...

Pastu malam esok pulak, ada dinner kat Awana kij*l untuk staf dan wife/husband tempat keje my hubby, kesian Athirah tak leh ikut. So dia insyaAllah duk rumah kawan dia sementara kitorang kat situ. & insyaAllah ada sesuatu malam esok, semoga mendapat kecemerlangan, ameen...good luck!! Actually, dalam setahun ada 3 program besar, ofis my hubby. Yang pertama, family day, yang ni boleh bawa anak, tahun ni dekat bukit m*rah la*e town tapi tahun ni kitorang tak join sebab aku tak berani jalan jauh2 masa awal2 pregnant hari tu..biasanya kitog tak pernah miss join apa2 program, kedua, dinner bawa wife/husband je & tempatnya dekat2 je, habis jauh pun kuantan & yg ke3 company trip, yang ni staf aje...tahun ni, tak tau lg p mana, tahun lepas pulau re*ang.

Aku terjumpa satu laman web mybbstor*, aduhai bestnya tengok barang baby tengah sale...tengah duk pk2, apa yang nak beli...harap2 boleh percaya ngan laman web tu...& harap2 panjang2kanlah tarikh sale tu...

Aku terigiiiiiiin sangat nak beli 2 benda ni jugak, tapi mak ai...mahai jugak..dengan pump medela tu, rm 1k jugak tu.... tapi bila fikir, dah lama tak habis duit untuk susu & pampers anak sebab Athirah stop semua tu masa umur 4++...so dah lama tak habis duit bab2 ni...tapi tak tau lah, tengoklah macamana nanti...


oklah

Semoga hidup aku, suami, anak & anak dalam kandunganku ini diberkati Allah dunia & akhirat.