Wednesday, August 24, 2011

Faridah...

k.dah (kakak kamal chah) seperti nama di atas, selamat kembali menemui penciptaNya hari ni .... akan dikebumikan sekejap lagi.... al-fatihah..

Takut bila membaca blog prof hari ini...RASUAH MASA...memang aku banyak sangat rasuah dari segi masa... ya Allah, semoga kerja-kerja luarku akan dapat menggantikan masa-masa yang aku tinggalkan... Ya Allah, ampunilah aku...

Tuesday, August 23, 2011

Bersiaran kembali

Sekian lama menyepi daripada menulis....
Sebagai catatan kenangan....
Setiap hari masa berlalu begitu pantas... masing-masing menunggu untuk dipanggil oleh tuhan yang esa...entah bila... tidak lama lagi, umurku akan mencecah 37 tahun... jika dibuat perbundaran ~ 40 tahun.... terlalu banyak dosa yang telah dilakukan... ampunilah aku ya Allah.... terimalah taubatku... perjalanan sebulan yang lalu menunaikan umrah selama hampir 2 minggu, sangat-sangat terkesan dihati...ya Allah, jemputlah kami lagi ke sana untuk menunaikan ibadah haji pula... bila dikenang, indahnya & tenangnya berada di tanah suci....walaupun ujian melanda tetapi bahagia...
Ya Allah, kini kau mengurniakan aku mengandung lagi (6 minggu) ...syukur ya Allah...berilah kandungan ini bertahan sehingga waktunya.....hanya padaMu ku serahkan diri ini...ya Allah, ku berdoa hanya padaMu...kurniakanlah kami zuriat yang soleh, yang baik, yang sihat, yang tidak cacat, yang sempurna akal fikirannya, yang sempurna pancainderanya yang lima... tiada tempat lain untukku memohon, hanya padaMu ya Allah, hanya padaMu ya Allah...lemahnya aku ya Allah, hinanya aku ya Allah...betapa berkuasanya engkau ya Allah.... ya Allah, ampunilah aku atas segala kesombongan aku selama ini...ya Allah, janganlah aku sombong kembali...

Tuesday, April 07, 2009

Ganti puasa

sehingga 7.4.2009, ganti puasa 9 hari, 17 days to go

Saturday, March 21, 2009

Ganti puasa

setakat hingga 21.3.2009, aku da menggantikan 7 hari... so another 19 days to go...

Monday, February 02, 2009

Meniarap...

1st time, izzah meniarap sekejap tadi, lebih kurang pukul 8.50 malam, tapi memang sekejap sangat2, so tak sempat snap tapi hubby duk ambik video...

Hari ni, jiran aku tanya, kenapa kereta satu lagi tak ada, aku pun ceritalah pasal hubbyku demam...dia boleh jawab macam ni "kut alahan k.na pregnant kut"...hahahahahahah...tak tahulah, ramai betul yang tegur, aku pregnant ke...sebabnya....besarnya perut aku!!!! Athirah kata macam mengandung 3 bulan...wah! Pandai2 je Athirah.... aku ni, memang dah perut besar sebelum ni, pastu, kena caesar pulak baru ni....so, entahlah....tengok2 pregnant betul....hihihihi...

oklah

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Sunday, February 01, 2009

Ujian...

Sebelum tidur malam tadi, hubby aku duk start penig macam nak demam semula... tengok2 bangun pagi tadi, keadaan dia makin tak stabil. Aku p sekolah macam biasa. Tiba2 dapat sms, my hubby kena buat blood test sebab low blood pressure, pastu jantung 150bpm...Dr suspected dia denggi @ infection pulak, kena p buat blood test kat klinik rantau... aku dah tak senang duduk kat sekolah, nasib baik 1st & 2nd bos x ada, kelas pulak start jam 12.... minta kebenaran 3rd bos, mula2 nampak mcm dia x bagi, aku dah bergenang air mata.... terus dia bagi keluar & aku drive ke klinik rantau tu.... AlhamduliLlah result blood test dia normal.... tapi aku betul2 cuak sebab nampak hubby betul2 tak bermaya & x boleh drive sendiri, nasib baik aku ikut dia, kalau tak, macamana dia nak balik.... so kereta dia tinggal kat situ, malam ni pun, x p ambil lagi, harap2 selamat...insyaAllah...ameen. Lepas hantar hubby, aku p sekolah semula, jam 2 terus aku chow.... balik2 tengok, panasnya badan dia...tanya dah makan ubat belum, katanya belum... pas dia makan ubat, dia tidur semula, sedar2 badan dia dah berpeluh2 kuyup...tapi pening still ada lagi sampai sekarang... actually my hubby x pernah mc sebelum ni, tengok2 awal tahun 2009 ni, kena chikenpox, dah mc hampir 2 weeks, ni demam teruk pulak...Ya Allah, engkau maha penyayang, maha pemurah, maha penyembuh, maha berkuasa, ampunilah dosa kami, sembuhkanlah sakit suamiku agar dapat bekerja seperti biasa, kami memohon rahmatMu ya Allah...ameen

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Saturday, January 31, 2009

Testing...



Aku baru nak belajar edit2 gambar, tapi 'koman' aje, guna paint aje.. pas2 ni, nak belajar guna adobe photoshop pulak... jealous betul, tengok gambar di 'edit' lawa2...

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Update...





Layan gambar ajelah sebab gambar boleh menceritakan jugak serba sedikit...hehehehe..photographernya, macam biasalah si kakak....TQ Athirah.




Baru2 ni, sebelum kitorang nak bertolak balik ke KT, tiba2 dapat parcel dari order bunga kut online tu, sampai juga hadiah dari diorang, tanda minta maaf tapi hadiah dia simple je lah...tak palah, anyway TQVM.



Rasa happy sangat dengar suara Izzah duk gelak2 macam ni... tapi hakikatnya, Izzah kuat nangis banding ngan kakak dia, ye lah lain anak, lain perangai, takkan semua sama... & anak adalah ujian dari Allah swt juga.

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

No idea...






30/1/2009 - Aku & student kelas aku, buat gathering kat pantai kemasik... nampak diorang happy sangat2. Pun kitorang buat bbq (minat beno aku ni bakar2 ayam ni, hehehe). Tapi perjalanan majlis ada ralat sket, bihun & ayam tak cukup, ada student aku yg tak dapat makan bihun goreng tu...sorry lah, cikgu tak pandai bajet.... lain kali, kalau ada rezeki, insyaAllah dapat makan banyak2....




25/1/2009 - for the first time, family aku buat majlis bbq sesama kami, jemput jiran sebelah rumah je...tapi apa2pun, bestlah. Ada yg menelepon adik aku kat sarawak, jealous kawan tu, dengar, asyik sebut nak minta tukar je, baru p 1 bulan lebih, keje kat sana...hahahaha







27/1/2009 - adik ipar aku, jihan bertunang (kali ke2). Harap2nya jodoh ada dengan yasir ni, insyaAllah. Pihak lelaki minta tempoh setahun setengah, maskawinnya RM7k. Bagi aku, yg kawin simple2 je dulu, mahalnya RM7k tu...tapi tak apalah, lelaki mampu nak bagi, on je lah. Tapi pendapat aku le, aku tengok makin lama, majlis kawin sekarang2, makin grand lah...tapi terus terang, aku punya majlis memang simple giler2!! Tapi tak apa, duit tak banyak habis, hehehehe...

Awatlah, aku ni tak pernah banyak idea nak update, mcm boring je...:)

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat