Saturday, January 31, 2009

Testing...



Aku baru nak belajar edit2 gambar, tapi 'koman' aje, guna paint aje.. pas2 ni, nak belajar guna adobe photoshop pulak... jealous betul, tengok gambar di 'edit' lawa2...

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Update...





Layan gambar ajelah sebab gambar boleh menceritakan jugak serba sedikit...hehehehe..photographernya, macam biasalah si kakak....TQ Athirah.




Baru2 ni, sebelum kitorang nak bertolak balik ke KT, tiba2 dapat parcel dari order bunga kut online tu, sampai juga hadiah dari diorang, tanda minta maaf tapi hadiah dia simple je lah...tak palah, anyway TQVM.



Rasa happy sangat dengar suara Izzah duk gelak2 macam ni... tapi hakikatnya, Izzah kuat nangis banding ngan kakak dia, ye lah lain anak, lain perangai, takkan semua sama... & anak adalah ujian dari Allah swt juga.

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

No idea...






30/1/2009 - Aku & student kelas aku, buat gathering kat pantai kemasik... nampak diorang happy sangat2. Pun kitorang buat bbq (minat beno aku ni bakar2 ayam ni, hehehe). Tapi perjalanan majlis ada ralat sket, bihun & ayam tak cukup, ada student aku yg tak dapat makan bihun goreng tu...sorry lah, cikgu tak pandai bajet.... lain kali, kalau ada rezeki, insyaAllah dapat makan banyak2....




25/1/2009 - for the first time, family aku buat majlis bbq sesama kami, jemput jiran sebelah rumah je...tapi apa2pun, bestlah. Ada yg menelepon adik aku kat sarawak, jealous kawan tu, dengar, asyik sebut nak minta tukar je, baru p 1 bulan lebih, keje kat sana...hahahaha







27/1/2009 - adik ipar aku, jihan bertunang (kali ke2). Harap2nya jodoh ada dengan yasir ni, insyaAllah. Pihak lelaki minta tempoh setahun setengah, maskawinnya RM7k. Bagi aku, yg kawin simple2 je dulu, mahalnya RM7k tu...tapi tak apalah, lelaki mampu nak bagi, on je lah. Tapi pendapat aku le, aku tengok makin lama, majlis kawin sekarang2, makin grand lah...tapi terus terang, aku punya majlis memang simple giler2!! Tapi tak apa, duit tak banyak habis, hehehehe...

Awatlah, aku ni tak pernah banyak idea nak update, mcm boring je...:)

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Saturday, January 24, 2009

12 Januari 2009 & 22 Januari 2009


Gambar latest Athirah & Izzah 22 jan 2009 (khamis)


Birthday Athirah 12 januari 2009 (Isnin)


Ulangtahun perkahwinan 22 januari 2009 (khamis)

Birthday Athirah & anniversary kami yang ke sepuluh...alhamduliLlah, betul2 tak sangka, boleh capai 10 tahun, semua Allah punya kuasa. Kita hanya hambanya, yg punya perancangan tetapi apa sekalipun, perancangan Allah adalah yang terbaik.



Untuk birthday Athirah, kami buat makan2 sket,panggil jiran2 lepas maghrib. Disebabkan permintaan Athirah nak kek dari secret recipe, so kami tunaikanlah kali ni, biar dia happy sket. Tp semuanya unplanned...dari pagi, suami duk tanya, tak nak buat makan2 ke, utk birthday Athirah kali ni? Aku diam je, p sekolah macam biasa. Bila dah petang tu, gi kedai basuh kereta, tengah duk tunggu tu, hubby called tanya lagi, aku kata, oklah...terus bincang2 nak buat makanan apa, at last decided tempah sate, bihun, mee goreng & kek. AlhamduliLlah semua dapat datang...adalah dlm 70 orang kut & semuanya berjalan lancar, alhamuliLlah.



Untuk anniversary kami, aku memang tak ada plan apa2 sebab duk terfikir insyaAllah nak ke Perth 18/2 ni...dah selalu borak2, cakap itulah sambutan kami yg kali ke 10 ni. Tapi betul2 tak sangka, banyak betul surprise hubby buat. Masa tu, dia kena cickenpox so dah seminggu lebih duk kat rumah. Aku mcm biasa ke sekolah yg kerjanya tak pernah habis. Tiba2 dapat mms, siap letak suara dia ucap ulangtahun kami ni, masa tu dlm kelas, kena stopkan terus, takut bebudak dengarkan, pastu senyum sorang diri & ada lagilah sms sepanjang kat sekolah, sms jiwang2lah...sampai aku rasa, macamanalah nanti, nak jumpa kat rumah, mesti segan je...hehehehe.. bila balik rumah, senyum2 je lah. Pastu, mcm biasa, aku on kan laptop, buka facebook....alamaaaaak! Tak sangka betul, dia siap beli public gift dari facebook, member2 aku duk nyakatlah...memang terkejut sungguh2 lah...actually aku & hubby are from same school. Pastu, akupun, p ambik anak kat rumah pengasuh, balik tengah menyusukan Izzah, dapat call dari driver taxi, tanya rumah kat mana nak hantar bunga, dia mintak aku keluar untuk gi ambik bunga, punyalah bengang my hubby sebab kedai bunga online tu, menghantarkan driver taxi utk hantar bunga & dgn tak profesionalnya, minta aku keluar gi ambik...jadinya surprise tu, macam tak berapa menjadilah... terus my hubby sms kedai bunga online tu, dengan rasa sangat tak puas hati, sebabnya hubby bayar sekaliganda harga bunga utk dapatkan special delivery supaya aku terkejut sungguh2 kat depan rumah... tapi apa2 pun, aku hepi sangat2 jugak, seumur aku kawin ngan dia, tak pernah dapat bunga ros! Selalu sebut, bila aku baca blog mana2 yg dpt bunga as a gift, aku mesti tunjuk pada hubby, 'tengok abang, org lain, anniversary, bestnya dpt bunga'. Walaupun, surprisenya tak berapa menjadi, tapi aku still rasa surprise dapat bunga... & mlm tu, kami keluar dinner kat KDRP...w/pun masih belum baik chikenpoxnya....



Anyway, abang, ina minta maaf, tak ada apa2 surprise untuk abang . Ina nak bagitau, ina betul2 cinta & kasih pada abang, sesungguh-sungguh hati ina. Semoga cinta & kasih ina pada abang ini, akan membawa ina & abang ke syurga Allah. Semoga rumahtangga kita kekal hingga akhir hayat kita & mendapat berkat, rahmat & redha Allah swt, ameen. Sekali lagi, thank you abang, sebab sudi terima ina yang serba kekurangan ini & marilah kita sama2 berhijrah ke arah lebih baik untuk mendapat rahmat, berkat & redha Allah. Sentiasalah kita berdoa untuk ke arah itu. InsyaAllah, ada rezki kita dapat melengkapkan rukun islam dengan mendapat haji yang mabrur tahun ini & semoga semua ibadah ini dibuat hanya kerana Alah... insyaAllah..hanya Allah yang tau, tapi apa2 pun, kita mesti berhijrah ke arah lebih baik & masih banyak diri kita perlu diperbaiki...ameen.

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

Thursday, January 15, 2009

Dah lama...

tak update...

hidup bagai pusingan roda.... setiap hari adalah ilmu & pengajaran..... sebenarnya, menerima orang yg menyayangi kita lebih baik drp kita yang menyayangi orang....baru hidup dihargai... fikir-fikirkanlah..... hahahhahahahahh.... indah hidup ini

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat