Monday, March 31, 2008

aku happy...


sebabnya dah 2 hari, aku boleh keluar dari sekolah kul 2 tepat...biasanya selagi belum 5 petang, jgn harap boleh balik rumah, hari2 ada meeting...sapa kata cikgu sekarang keje senang.... hari minggu keje, cuti sekolah pun keje, kecuali cuti akhir tahun, tu pun, jika tak kena jaga peksa...memanglah dapat duit xtra tp kena paksa...& cakap terus terang, tak sempat nak ngajar anak sendiri...tapi semua ni, atas sekolah lah...sekolah kakak2 ipar aku, kul 1 leih2 dah balik...

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & akhirat

Sunday, March 30, 2008

kepercayaan..



Semua gambar2 ni, gambar2 zaman tok kadok....he, he, he

Aku ingin bercerita berkaitan tajuk kat atas. Cuba tanya diri kita sendiri, adakah kepercayaan kita atau tauhid terhadap Allah, 100%? Kalau ya, AlhamduliLlah...kenapa aku bertanya sebegitu...dalam hidup kita, bila kita ditimpa musibah dalam erti kata lain, diuji oleh Allah s.w.t, kita sering bertanya, sebab apa aku jadi gini? Orang lain tak jadi pun gini...kita mempertikaikan apa yang Allah beri pada kita...& silap2 kita boleh terpesong akidah...bila Allah uji dengan sakit, kita berkeluh kesah...sampai sakit habis dalam tubuh badan kita, sebab duk berfikir, sebab apa aku jadi gini, duk cari jawapan ikut logik akal semata2...sedangkan apa yang Allah uji itu, tanda sayangnya Allah pada kita, supaya kita sentiasa beringat, hidup dan mati kita di tangan Allah. Betapa berkuasanya Dia. Takut atau tidak takut akan kematian, semua orang akan mati, tidak terkecuali...semua ni, adalah pengalaman hidup aku sendiri...aku menulis semua ni, supaya aku sentiasa mengingati diri aku sendiri,agar diriku menjadi orang yang lebih baik...jika datang sesuatu yang melemahkan semangatku, berusaha untuk berpegang teguh pada Allah....InsyaAllah..Ameen

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & Akhirat...

Saturday, March 29, 2008

perasaan.....

Tiba2 aku rasa macam teruja bila dapat komen pertama dari orang luar....rasa mcm semangat nak update blog hari2...tapi dalam masa yang sama...takuuut...takut orang kenal aku...aku suka jd anonymous je...tengoklah macamana nanti..he, he, he...

Kehidupan aku pulak, betullah orang tua2 cakap, kalau nak anak masa mudalah pulun sungguh2, bila dah tua tak larat...memang betul..dulu, lepas dapat Athirah, memang aku taaaakut sangat nak pregnant lagi, takut Athirah tak dapat kasih sayang sepenuhnya bila ada adik, takut dengan ekonomi tak stabil lah, nak jaga kesihatanlah, tapi sebenarnya tak perlu fikir sampai sebegitu, Allah lebih mengetahui segala2nya...tu yg p cucuk peranc&ng tu, tengok2 bila dah stop, tak dapat dapat...menungu sekian lama pulak...pastu bila dah berusia sikit macam ni, punyalah mengahnya....macam dah tua benor...bagi pendapat aku lah, nak merancang boleh, tapi tak perlulah dengan pi* per#ncang, cucuk,yg dlm lengan tu, *ud dan apa2 lagi kaedah m*den... bila aku bg pendapat sure ramai tak setuju...mesti marah...tapi dah ramai aku jumpa, w/pun diorang masih lg tak nak anak, tapi period jd kacau, ada yg langsung period tak keluar, ada yg datang tapi lama, berpuluh2 hari...aku betul2 ambil iktibar dari pengalaman aku sendiri...Dr memang bg cadangan mcmni, mcm ni, tapi ada kawan baik aku Dr jugak, pun tak setuju dengan semua kaedah mer*ancang tu...ada effect katanya...tapi kalau baca apa2 inf, semuanya kata baik...dia tak bagitahu kesan2 yg tak baik...tapi pendapat masing2 lah..

Semoga hidup aku diberkati Allah dunia dan akhirat...

Friday, March 28, 2008

Thank you Allah......


Aku beryukur pada mu ya Allah, kerana mengurniakan kami, suami/ayah yang baik. Perjalanan aku setakat ini, so far so good....Aku berdoa kepada Allah, kurniakan kami anak yang soleh, baik, tidak cacat dan sempurna akal fikiran. Setakat sehingga hari ini, suami aku sangat2 memahami dan sangat2 membantu....Thanks my dear and thank you Allah.Semoga kebahagiaan ini berpanjangan sehingga akhir hayat kami, ameen....

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & akhirat

Wednesday, March 05, 2008

Cuti rehat dan cuti tanpa gaji

Jangan lupa,dlm perkhidmatan aku, untuk tahun 2008, aku dah menghabiskan semua cuti rehat tahunan aku dari 17/2 - 26/2 dan bersambung CTG 27/2 - 6/3.

Semoga aku diberkati Allah dunia dan akhirat

perjalanan berliku2

Sangat2 lama aku tak update...aku tak reti, he, he, he.....

hanya suka baca blog orang je. Semoga perjalanan hidup aku diberkati, dirahmati dan diredhai Allah sentiasa. & memang, perjalanan hidup kita ni berliku2, sementara menuju tempat yg abadi..Tahun 2007, aku miscarriage & buat dnc 24/9/2007 di KMC Kuantan. Bukan untuk diingat2 tapi sebagai satu pengalaman dalam hidup aku...perjalanan hidup memang berliku.

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & akhirat