Monday, December 01, 2008

Demam...


Izzah start demam malam td...kesian dia..kahak banyak tp tak tau nak buang mcmana. Bersin je keluar hingus. Cek suhu badan 37.8. Tak adalah tinggi sangat kut. Kalau 39 ke atas, risau jugak. Beberapa kali, asyik cek suhu badan dia...tak lama lepas tu, suhu dah jadi 37.1. Sekejap tadi, suhu dah normal semula...tp yg paling kesian, kahak dialah. So malam tadi, aku tido sekejap je. Start tido 12.30, bangun jam 2.36 sampai 3 lebih, pastu dia nangis lagi jam 4.38 pagi. Bagi makan ubat demam, pastu terus dia tido sampai jam 9.45 pagi tadi. Tapi aku perasan, dia dah kurang menyusu... maybe tak ada selera bila badan tak sihat macam ni.. Ya Allah, sembuhkanlah sakit anak ku ini. Kesian jugak ngan hubby aku, beberapa kali bangun, tengokkan Izzah..dahlah hari ini, ada program kat ofis dia & dia kena jadi mc. Mesti ngantuk... selagi aku tak start keje ni, rasanya kesian sangat nak ganggu suami aku malam2...sebab, dia kan keje..aku ni, setakat ni, boleh lagi tido siang hari. Jerawat aku, jangan cakaplah memang banyak sangat...semenjak dapat baby ni, tido kan tak menentu..tapi, tak apa, aku memang happy sangat2 dapat anak.

Kejap lagi, akan balik KT lagi. Aku start taklimat mena*da ke*tas s*m rabu ni & habis jumaat nanti, so kena hantar Izzah balik kg, mtk tlg mak aku jaga..kursus tu, 3 hari... Harap2 Izzah dah sihat masa tu. Kalau tak, nanti asyik teringat-ingat, tak leh concentrate pulak... & aku harap, tak ada jalan yg tertutup sepanjang balik petang nanti...Ameen.


Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat