Saturday, January 24, 2009

12 Januari 2009 & 22 Januari 2009


Gambar latest Athirah & Izzah 22 jan 2009 (khamis)


Birthday Athirah 12 januari 2009 (Isnin)


Ulangtahun perkahwinan 22 januari 2009 (khamis)

Birthday Athirah & anniversary kami yang ke sepuluh...alhamduliLlah, betul2 tak sangka, boleh capai 10 tahun, semua Allah punya kuasa. Kita hanya hambanya, yg punya perancangan tetapi apa sekalipun, perancangan Allah adalah yang terbaik.



Untuk birthday Athirah, kami buat makan2 sket,panggil jiran2 lepas maghrib. Disebabkan permintaan Athirah nak kek dari secret recipe, so kami tunaikanlah kali ni, biar dia happy sket. Tp semuanya unplanned...dari pagi, suami duk tanya, tak nak buat makan2 ke, utk birthday Athirah kali ni? Aku diam je, p sekolah macam biasa. Bila dah petang tu, gi kedai basuh kereta, tengah duk tunggu tu, hubby called tanya lagi, aku kata, oklah...terus bincang2 nak buat makanan apa, at last decided tempah sate, bihun, mee goreng & kek. AlhamduliLlah semua dapat datang...adalah dlm 70 orang kut & semuanya berjalan lancar, alhamuliLlah.



Untuk anniversary kami, aku memang tak ada plan apa2 sebab duk terfikir insyaAllah nak ke Perth 18/2 ni...dah selalu borak2, cakap itulah sambutan kami yg kali ke 10 ni. Tapi betul2 tak sangka, banyak betul surprise hubby buat. Masa tu, dia kena cickenpox so dah seminggu lebih duk kat rumah. Aku mcm biasa ke sekolah yg kerjanya tak pernah habis. Tiba2 dapat mms, siap letak suara dia ucap ulangtahun kami ni, masa tu dlm kelas, kena stopkan terus, takut bebudak dengarkan, pastu senyum sorang diri & ada lagilah sms sepanjang kat sekolah, sms jiwang2lah...sampai aku rasa, macamanalah nanti, nak jumpa kat rumah, mesti segan je...hehehehe.. bila balik rumah, senyum2 je lah. Pastu, mcm biasa, aku on kan laptop, buka facebook....alamaaaaak! Tak sangka betul, dia siap beli public gift dari facebook, member2 aku duk nyakatlah...memang terkejut sungguh2 lah...actually aku & hubby are from same school. Pastu, akupun, p ambik anak kat rumah pengasuh, balik tengah menyusukan Izzah, dapat call dari driver taxi, tanya rumah kat mana nak hantar bunga, dia mintak aku keluar untuk gi ambik bunga, punyalah bengang my hubby sebab kedai bunga online tu, menghantarkan driver taxi utk hantar bunga & dgn tak profesionalnya, minta aku keluar gi ambik...jadinya surprise tu, macam tak berapa menjadilah... terus my hubby sms kedai bunga online tu, dengan rasa sangat tak puas hati, sebabnya hubby bayar sekaliganda harga bunga utk dapatkan special delivery supaya aku terkejut sungguh2 kat depan rumah... tapi apa2 pun, aku hepi sangat2 jugak, seumur aku kawin ngan dia, tak pernah dapat bunga ros! Selalu sebut, bila aku baca blog mana2 yg dpt bunga as a gift, aku mesti tunjuk pada hubby, 'tengok abang, org lain, anniversary, bestnya dpt bunga'. Walaupun, surprisenya tak berapa menjadi, tapi aku still rasa surprise dapat bunga... & mlm tu, kami keluar dinner kat KDRP...w/pun masih belum baik chikenpoxnya....



Anyway, abang, ina minta maaf, tak ada apa2 surprise untuk abang . Ina nak bagitau, ina betul2 cinta & kasih pada abang, sesungguh-sungguh hati ina. Semoga cinta & kasih ina pada abang ini, akan membawa ina & abang ke syurga Allah. Semoga rumahtangga kita kekal hingga akhir hayat kita & mendapat berkat, rahmat & redha Allah swt, ameen. Sekali lagi, thank you abang, sebab sudi terima ina yang serba kekurangan ini & marilah kita sama2 berhijrah ke arah lebih baik untuk mendapat rahmat, berkat & redha Allah. Sentiasalah kita berdoa untuk ke arah itu. InsyaAllah, ada rezki kita dapat melengkapkan rukun islam dengan mendapat haji yang mabrur tahun ini & semoga semua ibadah ini dibuat hanya kerana Alah... insyaAllah..hanya Allah yang tau, tapi apa2 pun, kita mesti berhijrah ke arah lebih baik & masih banyak diri kita perlu diperbaiki...ameen.

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

1 comment:

Ain said...

TAHNIAH DIATAS ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-10 AKAK & SUAMI. SEMOGA MENDAPAT KEBAHAGIAAN DAN KEBERKATAN YANG BERKEKALAN HENDAKNYA....AMINNN..