Sunday, November 09, 2008

check-up


AlhamduliLlah, kami telah selamat balik ke rumah sendiri...sampai dlm pukul 12 mlm tadi sebab berenti tido tepi jalan..my hubby ngantuk sangat.

Pagi - hubby ambil half day leave untuk temankan aku & Izzah p cek kat klinik kesihatan P@k@... berat adik pada hari ni (hari ke-42) dah mencecah 5.1 kg, panjang 58cm & ukurlilit kepala 38cm. Sepatutnya kena p masa umur adik 30 hari tp aku malas..tak nak aku, duk jln2 dlm pantang... punyalah lama menunggu, kul 11 baru siap...lepas tu, p hantar hubby ke ofis sebab dia tinggalkan kereta dia kat ofis... bila balik, letak adik dlm car seat dia..risau jugak kut2 menangis.. alhamduliLlah... dia ok.

Car seat tu, hadiah dari company suami untuk anak 1 sepanjang keje kat situ... bila dapat baby ke2 & seterusnya nanti, company hanya akan bagi voucher rm200 untuk p kedai baby kat D*ng*n untuk setiap kelahiran. Car seat tu canggih & cun giler...& hubby bgtau harganya ~ RM800.....Teringat masa zaman Athirah dulu..aku beli carseat yg harga RM80 je..itu je yg mampu dibeli masa tu... betapa banyaknya nikmat yang telah Allah beri untuk kami... kami mesti bersyukur, kalau tidak kami termasuk golongan orang yg kufur dengan nikmat Allah..nauzubiLlah...

Petangnya dpt sms dari hubby, rupanya *ING' cover check up untuk baby termasuk imunisasi... AlhamduliLlah, lepas ni, tak perlu menunggu lama2 lagi, pergi je mana2 panel *ING'... lg pun kad *ING' Izzah dah dapat...Ya Allah ampunilah aku...

Start malam ni & tadi, aku telah menukar tempat Athirah mengaji ke As-suyuf centre. Sebelum ni, dia mengaji di taska tempat transit dia, rupa2nya telah sekian lama dia tak mengaji sebab ketiadaan tenaga pengajar..yg aku geram, aku tidak dimaklumkan oleh taska berkenaan... tiba2 je, aku tanya Athirah, dia kata dah lama tak mengaji...tapi aku bayar setiap bulan kos mengaji al-quran tu... tempat baru ni, dekat je ngan rumah & boleh hantar waktu malam iaitu ahad, selasa & khamis... aku hantar ngan moto aje... Athirah start mengaji Quran besar masa dia darjah 1. Harap2 dia masih ingat & lancar w/pun dah lama tak mengaji.

Semoga hidup aku (Ina), suami (Fairuz), Athirah & Izzah diberkati Allah dunia & akhirat

No comments: