Wednesday, April 16, 2008

penat.




Ni gambar athirah masa 3 tahun... aku noticed yg masa athirah kecik2 dulu cute dan putih, tapi bila masuk sekolah rendah, tak berapa nak cute, he, he, he dan hitam... tapi aku masa sekolah rendah pun macam tu... tak apalah, yang penting sihat tubuh badan, tidak cacat dan sempurna akal fikiran




Hari ni,kena attend meeting kat kemam*n... bos tanya,boleh ke pergi?... aku jawab what to do, takkan asyik nak mintak excuse... orang mesti bengang, ye tak? lagipun, takkan asyik nak minta simpati orang je, nanti orang kata mengada-ngada pulak.... aku pun p lah jugak, yg hampeh nya, drive sejam, cari tempat punyalah susah, last sekali, meeting tak sampai setengah jam... bila dia cakap dah habis, adui, penatnya nak drive lagi sejam balik, nak buat mcmana, dah prosedurnya mcm tu... terima jelah..kang lama, sakit belakang lagi... he, he, he

Oklah

Semoga hidup aku diberkati Allah dunia dan akhirat

Tuesday, April 15, 2008

No tajuk....


Gambar Athirah masa 5 tahun di Tadika & Taska Cemerlang Al-Abrar. Athirah sokmo kabo, dia suka duk kat tadika ni & dia sayang semua cikgu dan kawan kat situ. Dia sekolah kat situ sampai 6 tahun... & bila dia dah masuk sek rendah, dia transit kat taska yg lain, dia nampak tak hepi... aku pun suka tadika masa dia 5 & 6 thn tu, nampak keikhlasan cikgu2 yg ada... dan very close.


Hari ni, p keje macam biasa w/pun masih sakit kat belakang aku tu. Ya Allah, sembuhlah sakit yang ada dalam tubuh badan ku dan sembuhlah sakit dlm akal fikiranku... hanya engkau yg mampu menyembuhkan... engkau yg maha berkuasa ya Allah. Aku tiada daya upaya, aku hanya hambaMu yg lemah..bimbinglah aku ya Allah dlm meneruskan kehidupan ku ini... engkau maha kaya, engkau maha pemurah, engkau maha pengampun, engkau maha pemberi, engkau maha penyembuh

ok lah

Semoga hidup aku diberkati Allah dunia & akhirat

Monday, April 14, 2008

2 hari

s
aku mc. Semalam dan hari ni. so tido jelah keje aku. Pastu pagi td, gi klinik gomen, buat monthly check up. AlhamduliLlah, ok tak ada masalah. Aku ni, 1 penyakit, setiap kali nak buat check up, mesti berdebar je... padahal tak ada apa pun... semoga perjalanan ini berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah sentiasa. Sampai hari ni, anak aku masih belum tau pasal keadaan aku sekarang ni... aku malas nak cite, sebab dia ni suka cite kat kawan2 dan cikgu dia, tu yg malas tu....

Pagi tadi, bangun pagi, teringat kat student2 aku masa ngajar kat kl, dengar2 cite, semua dah jd org yg berjaya dan hebat... ye lah diorang memang budak2 terror pun. Baru ni, sms salah seorg ngan x-student y paling baik ngan aku, tanya duk kat mana, kat uk you, tengah outstation... yang ni yang aku nak sangat diorg jd bila besar... jd manusia yg berjaya di dunia dan akhirat. Dan dah ramai, anak2 muridku yg dah kawin, alhamduliLlah....

Semoga hidup aku diberkai Allah dunia dan akhirat.

Sunday, April 13, 2008

Dua hari tak update...


Sebabnya, tiba2 ada hal urgent ke KL (adik ipar aka adik suami). Dengan berdebar2 & berdoa byk2 sebelum bertolak hingga sampai semula ke rumah, disamping berselawat moga2 kesihatan aku dan kandungan aku dalam keadaan selamat.... semoga aku dan kandungan ku, dirahmati, diberkati dan diredhai Allah sentiasa... Ya Allah, lekatkanlah cahayamata yang ku kandung sekarang ini & kurniakanlah kami anak yang soleh, baik, tidak cacat, sempurna akal fikiran dan sempurna pancainderanya yg 5.... Ameen.... tapi memang sakit betul belakang aku... dan kesimpulan yg boleh aku buat, memang berbeza masa mengandungkan athirah... dulu masih muda & tiada masalah w/pun masa 3 bulan setengah accident motor masa suami hantar p keje. Tapi sekarang Allah menguji di saat Dia memberi segala kemudahan terutama dari segi kenderaan, dah pandai memandu & kereta auto lg... berbanding mula2 kawin dulu, kereta sebiji aje, tak pandai drive, jln jem, balik keje kena naik bas & lrt... sekarang drive sendiri dengan kereta yg lebih selesa, tak ada istilah jem... tapi menghadapi berbagai2 ujian dan dugaan... tapi ingatlah, ini tandanya Allah menyayangi kami supaya kami sentiasa mengharapkan hanya pada Allah yg maha kuasa... Ya Allah, berikanlah kami sentiasa di bawah Rahmat, Redha dan Berkat Mu, ya Allah.... dan beri dan kurniakanlah perjalanan kami selamat di dunia dan di akhirat...

Gambar kat atas, masa cuti pertengahan tahun 2006 di Genting.

ok lah,....

Semoga hidupku diberkati Allah dunia dan akhirat

Thursday, April 10, 2008

lewat....

Pagi ni,aku sms kawan, bgtau datang lewat... mlm td, aku tertido sebelum sembahyang isya. kul 12, 1, 2, 3 dan 4 asyik terkejut tapi tak jugak bangun solat, kul 4 lebih baru aku bangun dan solat (aku sedar apa aku buat tak elok lengah solat) ,kemudian aku tak tido sampai subuh, lepas solat subuh, aku terlelap jugak... bila tersedar dekat kul 7, masa tu kepala teramat sakit & tak boleh bangun, kalau drive sure bahaya... so aku pun sms kawan cakap dtg lewat (& 1 lagi perbuatan yg tak elok)... sudahnya kul 9.30 baru sampai, harap2nya aku tak buat perangai tak elok macam ni lagi.... Ya Allah, ampunkanlah aku...

Semoga hidupku diberkati Allah dunia dan akhirat

Wednesday, April 09, 2008

happy.....


Hari ni aku hepi...sebab...kalau aku ngajar, budak2 mood ok, aku mesti balik dlm keadaan happy sangat2... tak kira ngajar kelas mana, kalau diorg betul2 nak belajar dan perangai elok2, tak buat peel.... memang senyum je :)

Masalah pelajar tak pandai/slow, aku tak ambik kisah sebab boleh diajar, tapi yg tak tahan, buat perangai mcm budak2 sek rendah atau biadap tak hormat cikgu, memang sampai rumah, masih bad mood... ngan hubby & anak mesti jd mangsa i, he, he, he.... Berubahlah anak-anakku... kalau aku kawin umur 18, dan murah rezki, sure diorg ni baya2 anak aku... sebab tu, aku betul2 anggap diorg mcm anak aku, kalau aku marah, macam aku marah athirah... sama stail...

Ok lah,

Semoga hidup aku diberkati Allah dunia & akhirat

Tuesday, April 08, 2008

no tajuk... kenangan


No idea nak letak tajuk apa... tapi kalau boleh, nak jugak buat entry pendek2... Gambar kat sebelah ni, masa kitorg duk kat Kedah... masa tu my hubby keje kat Gurun, so i ikut jelah ke mana aje suami settle down... tapi memang best duk kedah... cuma jauh ngan mak ayah je... & at least sepjg duk utara tu, habis negeri aku pusing jalan2... kenangan manis... dan sepjg kenal org kedah, memang baik2 orangnya.. dan juga peramah. Start duk kedah, athirah dijaga oleh orang luar maksudnya bukan dijaga oleh tokki dan nenek dia... tapi mmg sangat baik pengasuh tu... memang aku sayang sangat kat dia da arwah suami dia abg satar dan juga anak2 dia. k.mar, rindu ngan k.mar. Sorry lama tak ke sebelah utara... nantilah, insyaAllah ada masa, kitorang melawat k.mar 1 family. Semoga hidup k.mar dan anak2, dierkati, dirahmati dan diredhai Allah selalu.

Sbg peringatan, hari ni masih balik lewat sebab latihan 1 kadet bomba

Oklah...

Semoga hidup aku diberkati Allah dunia dan akhirat

Monday, April 07, 2008

macamana ni...


aku asyik tido je waktu siang... w/pun sekejap.. aku plan, untuk tido waktu mlm je, tapi bila balik dari sekolah tak kira pukul berapa, mesti terlelap jugak sekejap... tak boleh jadi macam ni, kena kuatkan semangat, mesti lawan atau buat apa2 keje...

Hari ni, ada kelas sampai 4.30 petang tapi biasalah budak2 ni, lagi tak dapat balik awal, merengek2... mungkin sebab diorang lapar + jenis tak nak belajar, so biiiising aje dlm kelas.. so, aku pun dgn beraninya melepaskan diorang kul 3.45 ptg... nanti esok, tak tahu ah, kalau kena panggil ngan 2nd bos... nasib le...

Gambar kat atas, adalah Afiq sebaya Athirah anak cikgu Tengku Asilah org cendering Trg yg kawin dgn org kedah dan menetap di kedah dan diasuh oleh k.mar... tulis ni, supaya tak lupa bila athirah besar2 nanti.

Semoga hidup aku diberkati Allah dunia dan akhirat

Sunday, April 06, 2008

Penat..


Baru sampai kat rumah. Setiap hari ahad dan khamis, aku mesti penat. Sebabnya aku ada banyak kelas pada 2 hari tu. Aku penat sebab kena banyak cakap bagi penerangan, kalau mengajar SBP @ seklah kawalan, aku rasa, aku hanya banyak memantau tapi disebabkan aku mengajar di sebuah f*lda dimana pelajarnya ramai mendapat D & E dlm u*ps*r maka kerja aku kena bertambah 2 @ 3 kali ganda berbanding masa aku ngajar kat VI KL. Tapi kadang2 rasa jugak seronok, lebih2 bila diorg dapat result yg bagus dlm sp*m bagi matapelajaran yg aku ngajorlah... tapi memang penat sebab mentaliti diorg mmg nak berseronok aje, mcm tak ada kesedaran akan kepntingan ilmu. Semua perkara mesti diberi dan disuap. Hari ni ajar, sure esok kena ulang balik sbb tak ingat. Kdg2 bila sebln ajar benda yg sama, ingatkan boleh relax sikit tapi keadaan tetap sama sampai akhir tahun. Di F*lda, byk peruntukan disediakan terutama under skim tu*syen f*lda tapi kehadiran saddis.. 5 - 6 org je hadir dm 1 kelas... bila dpt result s*m, ada yg langsung tak datang ambik....
Hari ni, aku balik rumah, tersama ngan my hubby, dahlah aku yg kuar awal sebab aku masuk 7.30, dia kul 8... sebabnya ada latihan permainan, so kena stayback... tapi tak apa, ini mmang minat aku, jd pendidik...& thn ni tiba2 aku dapat rezki dapat APC 2007 & aku berharap semoga Allah memberi rahmat terhadap kehidupan aku

Ok lah...
Semoga hidup aku diberkati Allah dunia & akhirat

Saturday, April 05, 2008

Anakku yang dah besar





Inilah satu-satunya anakku setakat ini, semoga Allah menambahkan lagi bilangan ahli keluargaku ini...memang diakui, usiaku yang makin meningkat tua ni.. dulu awal2 kawin, selalu berangan ngan my hubby, dapat anak sampai 5 orang... hanya Allah yg lebih mengetahui, sampai @ tak, angan2 kami tu... Allah yg lebih mengetahui, apa yg terbaik untuk kami...AlhamduliLlah. Sekarang, anak daraku ni dah 8 tahun ++... cara dia berfikir, nampak matured sungguh... harap2 hidup dia diberkati dan sentiasa di bawah Rahmat Allah dunia & akhirat..Janganlah terjebak dengan segala gejala sosial seperti budak2 zaman sekarang...ameen.. Bila aku tengok keadaan anak murid zaman sekarang yg aku risau adalah anakku sendiri, janganlah terpengaruh! Mama sentiasa mendoakan Athirah...

Kejap lagi, aku ada program kat Dung*n kul 9 - 11 pagi so nak bersiap.

Semoga ku diberkati Allah dunia & akhirat

Friday, April 04, 2008

Balik KT

Bila balik, ada 2 berita kematian, 1 ustaz Soh dan 2 Mak Ain kawan Chah. Dan tadi petang terbaru sepupu my hubby Abg Ta adik beradik kak ani isteri arwah mad muda... Alfatihah... semoga dicucuri rahmat ke atas roh2 mereka... Baliknya petang semalam lepas my hubby balik keje, kemudian p ambik Athirah kat sekolah sebab dia sekolah petang... pastu sampai KT, berhenti makan dulu kat Batu Bur*k gerai no 35, memang best mee hot platenya... kemudian paksa my hubby potong rambut sebab rambutnya begitu pjg dan mengganggu pandangan mata ku... he, he, he.... thanks darling :)

Sebenarnya balik sebab ada urusan sikit hari ni, lepas selesai urusan petang tadi, terus berpatah balik ke rumahku syurgaku ni.. bila balik kg, Athirah mmg sgt hepi sebab sepupunya yang ramai dan hampir sebaya yg boleh dibuat kawan, sampaikan makan pun boleh lupa... i'm happy kalau tengok dia happy...

oklah... itu saja

Semoga hidupku diberkati Allah dunia dan akhirat

Thursday, April 03, 2008

Bad mood

Aku tak tahu kenapa, semenjak 2 menjak ni, aku tak dapat bersabar seperti dulu bila ngajar budak2 ni...aku cepat naik angin & nak marah...mungkin sebab aku cepat mengah, + budak2 ni, umur 16, 17 tapi macam umur 6 7 tahun...berlari2, kejar mengejar entah apa2... kdg2 aku rasa, masa aku di usia diorang dulu, tak adalah tak matured mcm tu... lelaki & pompuan segan je... tapi budak sekarang, laki & pompuan asyik bergesel, sentuh2..risau aku tengok... dahlah tiap2 tahun dari tahun 2002, asyik dapat cucu je setiap tahun... mula2 posting tahun 98, sampai sekarang 2008, perangai student makin teruk, biadap dan sebagainya.. dengan galok gelenya nya...kalau yg lelaki ngan biadapnya... tuhan saja yang tau... tapi lama lama ngajar, aku mcm imune tengok gelagat budak2, dengan cara aku buat tak tau je lah... dia wat salah pun, aku buat bodoh je... sebab kalau kita tegur, tak pasal2 ada kes pulak...tapi tu lah, sekarang ni, aku cepat tak sabar.. ada je rasa nak tegur kalau diorang buat salah, pastu bila diorang biadap, nak nangis je rasanya... mak ayah zaman sekarang pulak, bukan macam mak ayah kita, kena tegur ngan cikgu, balik kena tambah lagi...skarang tak boleh...mak ayah percaya anak w/pun anak mereka macam hantu.. tapi kalau anak aku sendiri, kalau ada komplen dari cikgu, memang anak aku akan teruk kena ngan aku sebab aku faham... jgn terlalu percaya anak 100%, aku pernah jumpa anak murid aku sorang, kat rumah baik teramat2 tp kat sekolah macam hantu, tp mak dia menyebelahi dia, last2 anak tu dengar cite dah jadi penagih...sayangilah anak kita,bukan dengan cara tak tegur anak bila buat salah....... Bukan begitu cara jaga anak yang baik..

Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang sabar dalam menjalankan amanah ini..

Semoga hidupku diberkati Allah dunia dan akhirat

Wednesday, April 02, 2008

terganggu...

Aku selalu terganggu ngan student aku ni sorang...suka beno anto sms, tak kira pagi petang siag atau malam...yang aku kurang suka, sebab sebelum ni, dia ni suka kacau sorang cikgu (kawan aku) dia minat gila-gila lah kat kawan aku ni sampai kawan aku rimas. Masalahnya dia ni pompuan, aku rasa pelik semacam!! Sekarang ni, dia dah tak attack dah kawan aku..menyampah betul..aku nak ngajo macam biasa kat kelas dia pun, rasa macam tak keruan...aku berdoa semoga Allah beri hidayah pada dia supaya dapat berfikir yang mana baik dan yang mana tak baik...

Sekarang ni, my hubby ada kat kuantan meeting...boringnya...cepat le balik...
tiap2 hari masalah aku bila waktu malam, aku tak ada idea nak makan apa, apatah lagi nak masak...tengok nasi apa2 semua tak selera...hampir tiap2 malam aku makan roti/roti canai...tapi itulah yang aku selera..sebab tu, bila pagi2 kul 7.30 aku dah ada kat kantin, makan apa2 nasi dengan banyaknya...begitu jugak ngan makan tengahari...punyalah banyak aku makan... semoga segala-galanya dalam keadaan selamat dan mendapat rahmat dari Allah s.w.t

Semoga hidup aku diberkati Allah dunia & akhirat...Ameen

Tuesday, April 01, 2008

Rajinlah pulokkk....



mengupdate blog hari2...kalau balik awal, sempatlah. Gambar kat sebelah tu, masa kitorang bercuti ke KK bulan 7 tahun lepas. Lepas balik dari KK tu, aku +ve pregnant, memang terkejut tak hengat...tapi sayang, masuk 7 weeks, start bleeding...yang akhirnya kena buat d & c sebab heart beat dah tak ada, masa 9 weeks, sebelum tu heart beat ok..tak ada rezki aku...Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kami...at least aku bersyukur, sekian lama aku tak pregnant, +ve juga akhirnya...

Bercerita pasal blog, aku paling suka baca blog prof mki, tak penah miss...ayatnya santai tapi sentiasa dapat input/ilmu...masalahnya aku tak reti nak bercerita ilmiah seperti tu...

ok, cukup untuk hari ini...

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & akhirat

Monday, March 31, 2008

aku happy...


sebabnya dah 2 hari, aku boleh keluar dari sekolah kul 2 tepat...biasanya selagi belum 5 petang, jgn harap boleh balik rumah, hari2 ada meeting...sapa kata cikgu sekarang keje senang.... hari minggu keje, cuti sekolah pun keje, kecuali cuti akhir tahun, tu pun, jika tak kena jaga peksa...memanglah dapat duit xtra tp kena paksa...& cakap terus terang, tak sempat nak ngajar anak sendiri...tapi semua ni, atas sekolah lah...sekolah kakak2 ipar aku, kul 1 leih2 dah balik...

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & akhirat

Sunday, March 30, 2008

kepercayaan..



Semua gambar2 ni, gambar2 zaman tok kadok....he, he, he

Aku ingin bercerita berkaitan tajuk kat atas. Cuba tanya diri kita sendiri, adakah kepercayaan kita atau tauhid terhadap Allah, 100%? Kalau ya, AlhamduliLlah...kenapa aku bertanya sebegitu...dalam hidup kita, bila kita ditimpa musibah dalam erti kata lain, diuji oleh Allah s.w.t, kita sering bertanya, sebab apa aku jadi gini? Orang lain tak jadi pun gini...kita mempertikaikan apa yang Allah beri pada kita...& silap2 kita boleh terpesong akidah...bila Allah uji dengan sakit, kita berkeluh kesah...sampai sakit habis dalam tubuh badan kita, sebab duk berfikir, sebab apa aku jadi gini, duk cari jawapan ikut logik akal semata2...sedangkan apa yang Allah uji itu, tanda sayangnya Allah pada kita, supaya kita sentiasa beringat, hidup dan mati kita di tangan Allah. Betapa berkuasanya Dia. Takut atau tidak takut akan kematian, semua orang akan mati, tidak terkecuali...semua ni, adalah pengalaman hidup aku sendiri...aku menulis semua ni, supaya aku sentiasa mengingati diri aku sendiri,agar diriku menjadi orang yang lebih baik...jika datang sesuatu yang melemahkan semangatku, berusaha untuk berpegang teguh pada Allah....InsyaAllah..Ameen

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & Akhirat...

Saturday, March 29, 2008

perasaan.....

Tiba2 aku rasa macam teruja bila dapat komen pertama dari orang luar....rasa mcm semangat nak update blog hari2...tapi dalam masa yang sama...takuuut...takut orang kenal aku...aku suka jd anonymous je...tengoklah macamana nanti..he, he, he...

Kehidupan aku pulak, betullah orang tua2 cakap, kalau nak anak masa mudalah pulun sungguh2, bila dah tua tak larat...memang betul..dulu, lepas dapat Athirah, memang aku taaaakut sangat nak pregnant lagi, takut Athirah tak dapat kasih sayang sepenuhnya bila ada adik, takut dengan ekonomi tak stabil lah, nak jaga kesihatanlah, tapi sebenarnya tak perlu fikir sampai sebegitu, Allah lebih mengetahui segala2nya...tu yg p cucuk peranc&ng tu, tengok2 bila dah stop, tak dapat dapat...menungu sekian lama pulak...pastu bila dah berusia sikit macam ni, punyalah mengahnya....macam dah tua benor...bagi pendapat aku lah, nak merancang boleh, tapi tak perlulah dengan pi* per#ncang, cucuk,yg dlm lengan tu, *ud dan apa2 lagi kaedah m*den... bila aku bg pendapat sure ramai tak setuju...mesti marah...tapi dah ramai aku jumpa, w/pun diorang masih lg tak nak anak, tapi period jd kacau, ada yg langsung period tak keluar, ada yg datang tapi lama, berpuluh2 hari...aku betul2 ambil iktibar dari pengalaman aku sendiri...Dr memang bg cadangan mcmni, mcm ni, tapi ada kawan baik aku Dr jugak, pun tak setuju dengan semua kaedah mer*ancang tu...ada effect katanya...tapi kalau baca apa2 inf, semuanya kata baik...dia tak bagitahu kesan2 yg tak baik...tapi pendapat masing2 lah..

Semoga hidup aku diberkati Allah dunia dan akhirat...

Friday, March 28, 2008

Thank you Allah......


Aku beryukur pada mu ya Allah, kerana mengurniakan kami, suami/ayah yang baik. Perjalanan aku setakat ini, so far so good....Aku berdoa kepada Allah, kurniakan kami anak yang soleh, baik, tidak cacat dan sempurna akal fikiran. Setakat sehingga hari ini, suami aku sangat2 memahami dan sangat2 membantu....Thanks my dear and thank you Allah.Semoga kebahagiaan ini berpanjangan sehingga akhir hayat kami, ameen....

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & akhirat

Wednesday, March 05, 2008

Cuti rehat dan cuti tanpa gaji

Jangan lupa,dlm perkhidmatan aku, untuk tahun 2008, aku dah menghabiskan semua cuti rehat tahunan aku dari 17/2 - 26/2 dan bersambung CTG 27/2 - 6/3.

Semoga aku diberkati Allah dunia dan akhirat

perjalanan berliku2

Sangat2 lama aku tak update...aku tak reti, he, he, he.....

hanya suka baca blog orang je. Semoga perjalanan hidup aku diberkati, dirahmati dan diredhai Allah sentiasa. & memang, perjalanan hidup kita ni berliku2, sementara menuju tempat yg abadi..Tahun 2007, aku miscarriage & buat dnc 24/9/2007 di KMC Kuantan. Bukan untuk diingat2 tapi sebagai satu pengalaman dalam hidup aku...perjalanan hidup memang berliku.

Semoga hidupku diberkati Allah dunia & akhirat